|
Tidak dinafikan segelintir daripada kita berkahwin kerana rupa paras.
Pengasas Fabela Skincara, Zaleha Baba membuat perkongsian di TikTok, menerima mesej peribadi daripada seorang lelaki.
Katanya, lelaki itu mengakui pernah melakukan kesilapan besar dengan menceraikan isterinya semata-mata wanita tersebut tidak lagi kurus.
Gambar hiasan
“Kejadian tersebut berlaku empat atau lima tahun lepas. Lelaki itu jatuh cinta dengan seorang janda anak dua. Jadi, dia lepaskan isterinya, dengan alasan isterinya telah naik berat badan. Tapi, bukanlah naik keterlaluan… dia buat alasan itu kerana sengaja mahu cari alasan bercerai.
“Namun, selepas berkahwin selama tiga bulan, baru lelaki ini sedar yang janda yang dikahwini itu mempunyai banyak hutang. Lebih perit, isteri baharunya itu bersekongkol dengan bekas suami untuk kenakan dia,” kongsinya.
Tambah Zaleha, selepas dua tahun berkahwin dengan janda anak dua itu, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk bercerai dan mencari kembali bekas isteri yang ditinggalkannya.
“Tapi yang sedihnya, bekas isteri dia sudah meninggal dunia. Menurut ipar-ipar lelaki itu, bekas isterinya meninggal kerana terlalu taasub nak kurus, kerana cabaran oleh bekas suami.
“Untuk abang itu, walaupun sudah terlewat, tapi sekurang-kurangnya masih ada usaha. Tapi kita wanita jangan lakukan sesuatu yang bodoh, hanya kerana manusia. Take note,” tutupnya.
Sumber: Gempak |
|