View: 176|Reply: 0
|
Gerrard langkah kiri di Arab Saudi
[Copy link]
|
|
GERRARD ketika mengendalikan sesi latihan pasukannya. FOTO Ettifaq Club
London: Steven Gerrard masih gagal menghadiahkan kemenangan pertama kepada Al Ettifaq selepas kelab Liga Pro Saudi itu tewas kali ketiga berturut-turut dalam aksi pramusim awal pagi tadi.
Bekas pemain tengah Liverpool berusia 43 tahun itu yang dilantik ketua jurulatih Al Ettifaq pada 3 Julai mengendalikan pasukan dalam ketiga-tiga perlawanan pramusim menjelang kempen 2023/24.
Selepas tewas 1-2 kepada kelab Croatia Varazdin pada perlawanan pertamanya sebagai pengurus, kelab Saudi itu hanya seri 1-1 menentang Zalaegerszegi dari Hungary pada 20 Julai.
Gerrard yang mengharapkan prestasi lebih baik ketika menentang kelab Divisyen Pertama Croatia itu terpaksa menunggu lagi untuk kemenangan pertama apabila Blaz Boskovic meletakkan Lokomotiva di depan selepas hanya lapan minit perlawanan berlangsung.
Walaupun Al Ettifaq lebih menguasai permainan dan melakukan lapan percubaan tepat tetapi mereka gagal mencari gol penyamaan dan tewas 0-1 di Sveti Martin, Croatia.
Al Ettifaq yang menduduki tangga ketiga di Liga Pro Saudi musim lalu berharap dengan kehadiran Jordan Henderson dapat meningkatkan peluang mereka dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Henderson semakin hampir menyertai Steven Gerrard di Timur Tengah selepas dia menjalani ujian perubatan di Manchester pada Jumaat lalu.
Selain pemain antarabangsa England itu, Al Ettifaq turut mahu menandatangani penyerang Lyon Moussa Dembele pada musim panas.
Pemain Scotland Jack Hendry yang beraksi di bahagian pertahanan kelab Belgium Club Brugge juga dilaporkan bakal menyertai Al Ettifaq dan akan menjalani ujian perubatan beberapa hari lagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kiri-di-arab-saudi |
|
|
|
|
|
|
| |
|