View: 263|Reply: 0
|
[Selangor]
Guru rugi RM89,000 ditipu pelaburan emas dalam talian
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SUFI_SYAFRINA_MOHD_SHAFIQ_1690098225.jpg)
SUFI Syafrina ketika ditemui di kediaman keluarganya di Sungai Kantan, Kajang. FOTO Eizairi Shamsudin
Kajang: "Sufi Syafrina kini sudah tiga hari mengambil ubat risdiplam sebagai sokongan kepada kesihatannya supaya tidak merosot dan setakat ini perkembangannya nampak baik," kata Mohd Shafiq Idrus.
Mohd Shafiq, 38, adalah bapa kepada Sufi Syafrina berusia enam bulan yang didiagnosis penyakit Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1 dan memerlukan dana untuk membeli ubat Genetik Zolgensma berharga RM9 juta.
Menurutnya, anak memerlukan ubat berkenaan yang berharga RM40,400 untuk kegunaannya selama 35 hari sebagai sokongan sebelum mendapatkan ubat Genetik Zolgensma.
"Setakat ini dana terkumpul hanya lebih RM60,000 dan jumlah itu masih belum mencukupi. Kalau diikutkan dana RM9 juta masih belum ada kerana dana yang ada digunakan untuk membeli ubat sokongan serta keperluan lain anak.
"Ketika ini Sufi Syafrina juga melakukan fisioterapi sejak tiga minggu lalu untuk membantu saraf ada supaya tidak mati. Ketika ini ubat risdiplam itu kami beli secara berkongsi dengan seorang lagi pesakit, " katanya ketika ditemui pada lawatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di rumah ibunya di Kampung Sungai Kantan, di sini, hari ini.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SUFI_SYAFRINA_MOHD_SHAFIQ_copy_1_1690098227.jpg)
MOHD Shafiq. FOTO Eizairi Shamsudin
Menurut Mohd Shafiq, dia berharap anak bongsu daripada tiga beradik itu dapat mengambil ubat Zolgensma secepat mungkin sebelum usianya mencapai dua tahun bagi membantu merawat sepenuhnya penyakit Sufi Syafrina.
"Soal nyawa tak boleh tunggu dan sekarang anak sudah berusia enam bulan, sebagai bapa saya sangat berharap anak saya dapat membesar dengan baik seperti bayi seusianya.
"Sufi Syafrina masih memerlukan bantuan kerana dana perubatannya belum mencukupi dan masih terlalu jauh untuk mendapatkan suntikan ubat Genetik Zolgensma.
"Justeru saya mohon rakyat negara ini termasuk pelbagai pihak sudi membantu menyelamatkan nyawa Sufi Syafrina yang sehingga kini masih bergantung dengan bantuan mesin pernafasan 24 jam," katanya.
Untuk bantuan lanjut boleh menghubungi Mohd Shafiq di 011-59787879 atau sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank Maybank atas namanya bernombor 562021680453.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, Sufi Syafrina memerlukan bantuan rakyat negara ini untuk mendapatkan ubat Genetik Zolgensma bagi rawatan penyakitnya yang mana ubat itu perlu diambil sebelum usianya mencecah dua tahun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sufi-syafrina-bapa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|