View: 108|Reply: 0
|
Tak gituh!!!, Usah taksub dengan ranking - Jamal Nasir
[Copy link]
|
|
Usah taksub dengan ranking - Jamal Nasir
LEGENDA bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail. FOTO ARKIB NSTP
Kuala Lumpur: Pengurusan skuad Harimau Malaya tidak perlu terlalu taksub kepada ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) hingga menyebabkan lalai atau cepat mendabik dada, sekali gus menjejaskan prestasi barisan pemain.
Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, perkara utama perlu dititikberatkan ketika ini adalah persediaan untuk mengharungi Piala Asia di Qatar, awal tahun depan.
Beliau berkata, peningkatan ranking skuad kebangsaan hanya boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada prestasi semasa, namun bukanlah perkara dibanggakan sehingga terlupa untuk menyiapkan pasukan mantap dalam menghadapi kejohanan besar itu.
"Bagi saya, ranking bukanlah perkara utama atau lebih tepat lagi tidak pandang pada pencapaian itu kerana banyak kerja perlu dilakukan barisan kejurulatihan dalam menghadapi kejohanan besar.
"Pencapaian di Piala Asia nanti adalah perkara yang menjadi keutamaan, sekali gus dinantikan penyokong bola sepak tanah air untuk melihat sejauh mana keupayaan sebenar skuad Harimau Malaya," katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Ranking skuad Harimau Malaya terus meningkat apabila kemas kini yang dikeluarkan Fifa, semalam. menunjukkan Malaysia naik satu anak tangga ke tangga 136 dunia.
Perkembangan itu dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di laman sosial badan induk itu.
"Kemas kini terbaharu ranking Fifa hari ini, Malaysia di tangga 136 dunia, berjaya naik satu anak tangga berbanding 137 pada kemas kini terdahulu, 29 Jun 2023. Kemas kini seterusnya 21 September 2023," kata kenyataan FAM itu.
Selepas ini, skuad negara akan mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa pada September berdepan China dan satu lagi pasukan akan diumumkan kemudian.
Pada Oktober pula, Malaysia dijadual menyertai Pestabola Merdeka di Kuala Lumpur membabitkan saingan empat penjuru termasuk India, Palestin dan Lubnan.
Manakala, pada November pula, skuad negara bakal mengharungi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ranking-jamal-nasir
|
|
|
|
|
|
|
| |
|