View: 150|Reply: 0
|
Mendy kembali ke kancah bola sepak bersama Lorient
[Copy link]
|
|
MENDY ikat kontrak bersama dua tahun bersama FC Lorient. -FOTO The Sun
Manchester: Benjamin Mendy kembali ke kancah bola sepak antarabangsa menerusi perpindahan mengejut, beberapa hari selepas dia dibebaskan daripada tuduhan rogol.
Pemenang Piala Dunia Perancis itu menandatangani kontrak bersama pasukan Ligue 1 FC Lorient sehingga Jun 2025.
Mendy meninggalkan Mancheter City dengan persetujuan bersama bulan lalu apabila kontraknya tamat, tidak bermain untuk juara Liga Perdana dan Liga Juara-Juara sejak 2021 susulan kes mahkamahnya.
Dia bagaimanapun dibebaskan daripada dakwaan merogol dan cubaan merogol oleh Mahkamah Chester Crown minggu lalu.
Kenyataan daripada kelab baharunya, yang berpangkalan di Brittany berkata: "FC Lorient dengan sukacitanya mengumumkan menandatangani bek kiri antarabangsa Perancis Benjamin Mendy (29) untuk dua musim.
"Selepas berpuas hati dengan pemeriksaan perubatan, Mendy, juara dunia 2018, pemenang empat kali kali Liga Perdana bersama Manchester City dan juara Ligue 1 Perancis bersama Monaco, datang untuk mengukuhkan skuad Lorient bagi musim baharu ini.
"Dia akan memakai jersi nombor 5 akan memulakan langkah pertamanya di Espace FCL hari ini. Selamat datang Benjamin!"
Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu akan berdepan Bournemouth dalam aksi persahabatan bulan depan.
Lorient menamatkan kempen Ligue 1 musim lalu di tangga ke-10.
Mendy bakal menyertai bekas penjaga gol Arsenal dan Sunderland, Vito Mannone serta pemain tengah, Roman Faivre yang dipinjamkan oleh Bournemouth.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pak-bersama-lorient |
|
|
|
|
|
|
| |
|