View: 279|Reply: 0
|
GP China kembali tahun depan
[Copy link]
|
|
PERLUMBAAN Grand Prix China yang pernah berlangsung sebelum ini. FOTO Agensi
London: China bersedia untuk kembali ke kalendar Formula Satu (F1) buat kali pertama sejak pandemik Covid-19 apabila berada dalam senarai pusingan perlumbaan tahun 2024.
Aksi pembuka tirai akan berlangsung di Bahrain dan Arab Saudi yang akan diadakan pada hari Sabtu kerana impak kehadiran bulan suci umat Islam, Ramadan.
Kalendar tahun depan menyaksikan 24 pusingan perlumbaan, jumlah yang sama seperti yang sepatutnya diadakan tahun ini sebelum pembatalan Grand Prix (GP) China dan Emilia-Romagna.
Pusingan di China sepatutnya kembali tahun ini tetapi terpaksa dibatalkan kerana ketidaktentuan situasi Covid-19 di negara itu pada awal tahun, apabila berlaku rusuhan akibat sekatan sosial yang berterusan.
Grand Prix Kanada mengekalkan tarikhnya pada Jun sekali gus memaksa pasukan untuk terbang merentasi lautan Atlantik sebanyak dua kali dalam masa lebih sebulan.
Pengerusi F1, Stefano Domenicali berkata: "Usaha kami untuk mendapatkan kalendar lebih mampan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan kami menyelaraskan lagi operasi sebagai sebahagian daripada komitmen Net Zero 2030."
Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem pula menambah: "Kami mahu menjadikan tontonan global terhadap Formula 1 lebih baik."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kembali-tahun-depan |
|
|
|
|
|
|
| |
|