CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

[Sarawak] Keputusan sama ada GPS bantu calon parti Kerajaan Perpaduan pada PRN di Semenanjung ditentu pucuk kepimpinan tertinggi

[Copy link]
Post time 5-7-2023 01:21 PM | Show all posts |Read mode

MIRI: Keputusan sama ada Gabungan Parti Sarawak (GPS) membantu calon parti di bawah Kerajaan Perpaduan menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Semenanjung terletak sepenuhnya ditangan pucuk kepimpinan tertinggi GPS.

Ketua Sayap Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),  Dato Sri Fatimah Abdullah (gambar) berkata perbincangan dan pertimbangan akan dilakukan diperingkat Jawatankuasa Tertinggi GPS berhubungan perkara itu.

"Agenda politik GPS tidak sama dengan agenda politik di sana (Semenanjung) kerana bagi kita (GPS) adalah untuk memperjuangkan dan mengutamakan rakyat Sarawak," katanya ditemui di Miri.

Fatimah berkata perjuangan parti GPS agak berlainan dengan perjuangan parti dibawah Kerajaan Perpaduan dan ia agak sukar untuk menerapkan agenda politik Sarawak di Semenanjung.

"Bagaimanapun, keputusan sama ada GPS untuk membantu calon parti ini akan dibincangkan diperingkat tertinggi dan akan diberitahu kelak," jelasnya.

Perkara seperti ini kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti itu perlu diteliti sebelum sebarang keputusan dicapai bersama.

Ditanya sama Ahli Parlimen dari Sarawak yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan Perpaduan akan turun membantu kempen di sana, Fatimah berkata ia tetap dibawah keputusan GPS.

"Kita tunggulah keputusan GPS nanti kerana sebarang kata putus perlu dibincangkan juga kerana agenda politik kita sangat lain semasa dan selepas pilihan raya, mengutamakan Sarawak," tegasnya.

Apa yang penting katanya Sarawak ketika ini tetap fokus untuk memastikan agenda Sarawak maju pada tahun 2030 direalisasikan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pemimpin GPS dapat membantu calon parti di bawah Kerajaan Perpaduan menghadapi enam PRN di Semenanjung tidak lama lagi.

Enam negeri di Semenanjung yang akan mengadakan PRN tidak lama lagi ialah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.043741 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list