CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

[Sarawak] Penjawat awam bertugas di kawasan tertentu harus menjalankan tugas dengan amanah

[Copy link]
Post time 5-7-2023 01:16 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim pada sidang media. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Setiap penjawat awam yang diletakkan bertugas di kawasan tertentu termasuk lapangan terbang dan pintu sempadan negara harus menjalankan tugas dengan penuh amanah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia penting bagi mengelakkan sebarang salah guna kuasa atau kes rasuah daripada berlaku.

Katanya, isu rasuah sering berlaku tetapi perkara terbabit hanya boleh diketahui apabila laporan rasmi dibuat.

“Misalnya jika kedua-dua pihak rela ‘memberi’ dan ‘menerima’, rasuah seperti ini tidak akan pernah dilaporkan.

“Lebih-lebih lagi, kita mendengar banyak perkara seperti ini terjadi bukan sahaja di lapangan terbang tetapi juga di (pintu) sempadan,” katanya pada sidang media berhubung Majlis Anugerah Seniman Sarawak 2023 di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata demikian ketika ditanya mengenai isu membabitkan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur khususnya dakwaan wujud salah laku dan amalan rasuah baru-baru ini.

Oleh itu, beliau mengingatkan penjawat awam untuk sentiasa menanam sikap telus dalam diri ketika menjalankan tugas.

“Apa sahaja yang anda lakukan, jangan mencemarkan nama baik agensi atau jabatan, tempat anda bekerja agensi, negeri dan negara kita,” tegasnya.

Beliau menambah, adalah amat menyedihkan sekiranya perkara sedemikian berlaku dalam kalangan penjawat awam.

“Justeru, saya harap pihak berkuasa akan menyiasat dengan teliti perkara yang berlaku di KLIA baru-baru ini,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.047969 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list