CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

[Perak] Sukar besarkan lima anak selepas kematian suami

[Copy link]
Post time 4-7-2023 11:15 AM | Show all posts |Read mode

FADZILAH bersama lima anaknya di rumahnya di Seri Manjung baru-baru ini.

MANJUNG – Seorang ibu tunggal di sini bergantung harap kepada pendapatan kira-kira RM200 sebulan dan sedikit bantuan kewangan daripada pihak berwajib bagi menyara lima anaknya termasuk bayi yang baru dilahirkan bulan lalu.

Fadzilah Roshani, 38, berkata, dia terpaksa membesarkan anak-anaknya seorang diri setelah suaminya, Abdullah Mat, 53, me­ninggal dunia pada 14 November tahun lalu kerana masalah jantung ketika usia kandu­ngannya lima bulan.

“Sebelum ini, kami mencari rezeki dengan menawarkan khidmat memotong rumput.

“Setelah suami meninggal dunia, tanggungjawab itu terletak di bahu saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seri Manjung di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Noor Fadzilah berkata, dia masih lagi meneruskan perkhidmatan memotong rumput, namun berdepan keka­ngan untuk me­lakukannya sendiri.

Katanya, kerja itu diberikan kepada orang lain dan dia dibayar komisen antara RM10 hingga RM30 bagi setiap pelanggan.

“Dalam sebulan, saya memperoleh komisen antara RM150 hingga RM200.

“Selain itu, kami sekeluarga turut bergantung kepada bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat termasuk barangan bayi, jumlah itu tidak mencukupi,” kata­nya.

Dalam pada itu, dia berkata, sejak arwah suaminya mula berdepan masalah kesihatan sekitar 2020, anak sulungnya terpaksa berhenti sekolah di­sebabkan masalah kawangan.

Orang ramai yang ingin membantu, boleh meng­hubungi Fadzilah di talian 014-348 9141 atau menyumbang ke akaun Maybank iaitu 158293545814.
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... pas-kematian-suami/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 06:31 AM GMT+8 , Processed in 1.796260 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list