CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 1

CEO Uzurocks Pakai Porsche Tapi Tak Mampu Bayar Gaji Song Ji-Hyo Hampir RM3.5 Juta

[Copy link]
Post time 3-7-2023 10:02 PM | Show all posts |Read mode
Song Ji-Hyo yang menyertai Uzurocks Entertainment di Seoul Korea pada Oktober 2022, turut dijemput untuk menghadiri event Uzurocks bersama artis dan pelabur yang lain.


Bagaimanapun, sehingga Januari tahun ini, Song Ji-hyo tidak pernah dibayar gaji langsung.




IG




Media Korea mengeluarkan kenyataan bahawa agensi tersebut gagal membayar sejumlah wang kepada Song Ji-hyo.


Apabila kes ini tersebar, maka ia menjadi antara isu yang hangat di Korea Selatan.


Lebih menyentuh hati apabila, Song Ji-hyo mengambil keputusan untuk mennggalkan agensi serta menyaman syarikat terbabit apabila mengetahui bahawa ada pekerja syarikat tersebut yang mempunyai masalah untuk membayar tanggungan sehingga terpaksa menggunakan kredit kad.


Dispatch berada di pihak Song Ji-Hyo apabila mendedahkan yang CEO Uzorocks mampu membeli sebuah kereta berjenama Porsche yang baharu, tetapi tidak mampu bayar gaji pekerja dan Song Ji-Hyo.


Dispatch turut mengeluarkan kenyataan bahawa Song Ji-Hyo tidak kisah jika gajinya tidak dibayar, tetapi dia lebih memikirkan nasib serta keadaan pekerja Uzurocks.




IG




Selain itu, Dispatch turut mengatakan bahawa Song Ji-Hyo membantu pekerja syarikat terbabit untuk membayar kos perubatan yang mencecah 7 ribu usd. Kesemua pekerja Uzurocks yang terkesan memuji Song Ji-Hyo apabila dia menawarkan kepada semua pekerja yang terkesan untuk menggunakan ‘personal card’ miliknya bagi membayar tanggungan mereka.


Pihak Song Ji-Hyo juga memaklumkan bahawa dua projek dari syarikat besar untuk mengambil Song Ji-Hyo sebagai duta tidak tercapai kerana tertangguh akibat sikap management Uzurocks yang teruk.


Berita terbaharu adalah, pihak Song Ji-Hyo telah membuat keputusan untuk menyaman Uzurocks yang sehingga kini masih lagi tidak mampu membayar gajinya dan pekerja syarikat tersebut.




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 10:49 PM | Show all posts
Wartawan cari tertinggal train ke? Atau sbb dh tkde news nak letak so amik je story berbulan lepas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.106920 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list