CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

[Pulau Pinang] Isu murid Tahun Satu 'dikurung' sudah selesai - Fadhlina

[Copy link]
Post time 1-7-2023 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Isu murid Tahun Satu 'dikurung' sudah selesai - Fadhlina


Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 1, 2023 @ 1:17pm [email protected]




Fadhlina Sidek membantu penduduk melapah daging pada Program Korban Perdana Nibong Tebal di Masjid Jamek Al Huda Sungai Bakau, Nibong Tebal.- Foto NSTP/ Nur Izzati Mohamad




NIBONG TEBAL: Siasatan berhubung isu murid Tahun Satu yang didakwa dikurung dalam sebuah ruang ditutupi jeriji besi di sebuah sekolah di Negeri Sembilan baru-baru ini, sudah selesai dan mencapai jalan penyelesaian terbaik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu itu.

Katanya, penyelesaian sudah dicapai antara pihak sekolah berkenaan dan ibu bapa murid berkenaan.

"Sebagaimana saya sebutkan sebelum ini, kes terbabit sudah diputuskan dengan baik di peringkat JPN.

"Dalam konteks siasatan semasa, kes ini disiasat oleh JPN, kita sudah ambil perhatian semua perkara berkaitan dan tindakan yang diambil berhubung isu yang dibangkitkan sudah selesai.

"Tindakan ini diambil adalah untuk memastikan keselamatan keseluruhan, bukan saja murid itu tetapi juga pihak sekolah," katanya pada sidang media ketika diminta mengulas perkembangan siasatan kes itu.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada Program Korban Perdana anjuran Pusat Khidmatnya di Masjid Al Huda Sungai Bakau di sini, hari ini.

Enam lembu dikorbankan pada program itu dengan dagingnya diagih kepada penduduk sekitar.

Fadhlina berkata, beliau berharap isu murid itu dijadikan pengajaran untuk semua pihak supaya ia tidak berulang.

"Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua terhadap isu ini dan KPM akan terus membaiki ekosistem pendidikan dari semasa ke semasa," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang guru didakwa mengurung murid tahun satu di sebalik jeriji besi di sebuah sekolah rendah sehingga mendatangkan kemarahan ibu bapa.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu ciapan pemilik akaun twitter yang berkongsi mengenai kejadian menimpa seorang murid berusia tujuh tahun di sekolah anaknya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan itu, turut kelihatan beberapa barangan pembersihan diletakkan di dalam kawasan berkenaan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.044086 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list