CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bina lapangan terbang perlu kajian teliti, babitkan aspek keselamatan negara - PM

[Copy link]
Post time 30-6-2023 07:40 PM | Show all posts |Read mode
Bina lapangan terbang perlu kajian teliti, babitkan aspek keselamatan negara - PM


Jun 30, 2023 @ 6:52pm



Anwar menyampaikan ucapan ketika hadir program Minum Petang Bersama Penduduk Kampung Sama Gagah hari ini. NSTP/MIKAIL ONG



PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan Kerajaan Persekutuan menindas mana-mana negeri dalam soal penyaluran peruntukan mahupun pembangunan termasuk dalam isu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), di Kedah.

Anwar berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang memerlukan kajian teliti sebelum boleh dilaksanakan kerana ia membabitkan beberapa aspek penting terutama keselamatan negara, selain perlu melalui prosedur dan peraturan tertentu.

"Perlu tanya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), boleh lepas atau tidak zon penerbangan … ada yang kata, Tan Sri Syed Mokhtar (Albukhary) akan bayar (projek pembinaan KXP) dan saya tanya dia kalau nak buat kenapa tak beritahu saya. Syed Mokhtar jawab kepada saya, 'abang, saya tiada cadangan nak buat lapangan terbang, ada banyak kerja dah.

"Lapangan terbang ini bukan boleh bagi senang-senang nak buat…ia sentuh soal keselamatan negara, kalau nak jadi pemimpin kena reti sikit, kena ngaji lebih daripada orang lain," katanya pada program Minum Petang bersama penduduk Kampung Sama Gagah, dekat sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilapor berkata, Anwar harus mengetepikan 'kepentingan peribadinya' dan mempercepatkan kelulusan pembinaan KXP.

Muhammad Sanusi berkata, beliau sudah berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan projek itu yang terletak dalam perbandaran Kedah Aerotropolis. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.042060 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list