CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Kedah] Aidiladha: Polis beri amaran jangan jual, main bunga api

[Copy link]
Post time 28-6-2023 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Aidiladha: Polis beri amaran jangan jual, main bunga api

oleh     ROSLINDA HASHIM   28 Jun 2023    06:20pm





Gambar hiasan




ALOR SETAR - Polis Kedah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menjual, membeli atau bermain bunga api sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, ini termasuk penjualan dan pembelian secara dalam talian juga tidak dibenarkan sama sekali.

Menurutnya, semua pihak wajar mematuhi larangan tersebut untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan, kematian atau kebakaran yang boleh memusnahkan harta benda.

“Individu yang didapati memiliki, menjual, membeli atau bermain bunga api tanpa permit sah boleh dikenakan tindakan bawah Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 atau bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini pada Rabu.

Fisol turut menasihati orang ramai agar merancang perjalanan selain peka dengan informasi aliran trafik semasa pulang berhari raya.

“Laksanakan peranan anda sebagai pengguna jalan raya yang berhemah dan patuhi peraturan lalu lintas dengan tidak memotong barisan, menyalahgunakan lorong kecemasan atau parkir kenderaan sehingga menghalang laluan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, aspek keselamatan rumah yang ditinggalkan ketika pulang ke kampung juga harus diberikan perhatian.

“Mereka yang meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung halaman, pastikan rumah berkunci dan maklumkan kepada balai polis berdekatan untuk rondaan keselamatan.


“Semoga sambutan Hari Raya Aidiladha dapat diraikan dalam suasana aman dan sejahtera,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.057851 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list