CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

[Selangor] Mahkamah: Ibu tunggal didenda RM2,000 tipu majlis hari jadi

[Copy link]
Post time 28-6-2023 04:15 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM – Perbuatan seorang ibu tunggal mengaut untung dengan penipuan perkhidmatan tempahan majlis hari jadi memakan diri apabila didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Mohamed Redza Azhar Reza menjatuhi denda itu terhadap tertuduh, Siti Helena Azmi, 32, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Tertuduh bagaimanapun melunaskan denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, Helena yang mempunyai seorang anak itu didakwa telah menipu seorang wanita berusia 42 tahun sehingga mendorong menyerahkan RM1,500 untuk mempercayainya menawarkan perkhidmatan tempahan majlis hari jadi.

Kesalahan itu dilakukan di bahagian pesakit luar sebuah pusat perubatan swasta di Subang pada pukul 1.40 tengah hari, 30 Ogos lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Pada prosiding itu, Helena diwakili Peguam Ainul Farihah Azizi memohon denda yang menima kerana merupakan ibu tunggal dan menyara anak berusia enam tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Baghwant Singh bagaimanapun memohon hukuman setimpal mengambil kira kepentingan awam dan kekerapan berlakunya kes-kes terutama membabitkan elemen penipuan.

Kosmo! pada 5 Disember tahun lalu melaporkan kegiatan seorang pengusaha dekorasi gubahan belon hari jadi mengaut keuntungan mudah dengan melakukan penipuan perkhidmatannya itu terbongkar apabila ditahan polis di sebuah kondominium di Kerinchi, Kuala Lumpur.

Suspek diberkas menerusi serbuan pukul 4.30 pagi pada 3 Disember lalu selain beberapa barangan termasuk dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut dirampas. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... u-majlis-hari-jadi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035947 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list