View: 246|Reply: 0
|
[Selangor]
Kerajaan jamin tiada kenaikan harga beras putih tempatan
[Copy link]
|
|
Kajang: Tiada kenaikan harga beras putih tempatan atau dikenali sebagai super spesial tempatan (SST) pada bulan depan seperti didakwa sesetengah pihak sehingga menimbulkan kekeliruan dan panik dalam kalangan pengguna.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata, harga kawalan maksimum beras itu di peringkat pengguna adalah RM2.60 satu kilogram (kg) termaktub dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).
"Kami sudah mengambil langkah intervensi dengan menetapkan harga kawalan maksimum beras putih tempatan di peringkat kilang iaitu pada RM2,250 per metrik tan dan pemborong pada RM2,540 per metrik tan sejak dua minggu lalu.
"Ia bagi memastikan kilang-kilang tidak bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dengan menawarkan harga lebih tinggi supaya rantaian di peringkat pemborong, peruncit dan pengguna tidak terkesan.
"Malah, ia sekali gus memastikan kita mempunyai bekalan yang stabil pada harga berpatutan meskipun langkah intervensi ini bersifat sementara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai Operasi Beras Putih (OBP) di sebuah pasar raya di Bandar Teknologi Kajang, di sini, hari ini.
Turut serta, Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood.
Operasi itu yang diadakan sejak 19 Jun lalu bertujuan bagi meninjau harga dan bekalan beras bersama penguat kuasa Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) di kilang dan pasar raya di seluruh negara.
Mengulas mengenai harga beras putih import, Foong Hin berkata, ia tidak dikawal oleh kerajaan dan bergantung kepada harga pasaran.
"Berdasarkan pemantauan dilakukan, kami dapati harga pasaran beras putih import ditawarkan di peringkat runcit bagi kampit 10kg adalah antara RM28 ke RM32.
"Bagaimanapun, kita boleh lihat pada hari ini harga yang ditawarkan adalah lebih rendah dari harga disyorkan pada bungkusan beras berkenaan.
"Justeru, saya harap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dengan memainkan isu ini untuk dijadikan sebagai satu polemik dalam negara," katanya.
Sementara itu, Azman berkata, mana-mana pihak yang menaikkan harga beras putih tempatan mahupun import berbanding harga ditetapkan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta 552 termasuk ditarik lesen.
"Sekiranya ada pihak yang menaikkan harga beras putih tempatan mahupun import, orang ramai boleh menyalurkan maklumat itu kepada KPB untuk tindakan lanjut," katanya.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2023-06-28_12-41-37_1687937098.jpg)
Chan Foong Hin pada sidang media selepas memantau bekalan beras disalah sebuah pasar raya dalam operasi Beras Putih (OPS BP) disekitar Kajang. FOTO HAZREEN MOHAMAD
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eras-putih-tempatan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|