View: 268|Reply: 0
|
[Selangor]
'Saya reda, terima kekurangan diri Noah'
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0627rsnoah_1687907710.jpg)
Siti Munirah bersama suami dan Muhd Noah (kiri bawah) berusia
Puchong: "Saya reda dan menerima kekurangan diri Noah, pada saya mungkin itu ada hikmahNya apabila anak yang mempunyai masalah jantung berlubang diberikan keajaiban sembuh sepenuhnya," kata Siti Munirah Mukhizan.
Siti Munirah, 28, adalah ibu kepada kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) Muhd Noah Malique Muhd Shahrizan berusia setahun 11 bulan yang mengalami kecacatan sejak lahir apabila tiada tapak tangan kanan dan hanya ada dua jari kecil sepanjang 0.1 dan 0.2 sentimeter.
Kanak-kanak lelaki itu mendapat perhatian di TikTok sejak Sabtu lalu apabila Siti Munirah berkongsi video Muhd Noah Malique yang lebih mesra disapa Noah dan mendapat sokongan positif netizen.
Siti Munirah berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu sudah dikesan mengalami kelainan pada tangannya sejak dalam kandungan tujuh bulan ketika melakukan imbasan secara terperinci di klinik swasta.
Menurutnya, dia yang terkejut mendengar penerangan doktor ketika itu hanya mampu memujuk diri dan mengakui emosinya juga tidak stabil ketika itu, namun dia menerima kehadiran anak dalam kandungan dengan reda.
"Ketika doktor dan jururawat tanya adakah saya ada makan ubat atau makanan tambahan lain yang diluar pemantauan doktor di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), saya cakap tidak sebelum doktor beritahu keadaan Noah.
"Ketika itu saya berasa bersalah, terfikir-firkir adakah saya silap makan atau ada buat salah apa-apa sehingga keadaan anak menjadi sedemikian," katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, sebagai wanita perkara pertama yang difikirannya adakah suami dan keluarga dapat menerima anak dalam kandungannya dan mengakui bersyukur mereka menerimanya, malah memberi sokongan untuk terus berdoa ada keajaiban.
"Ketika melahirkan Noah saya mengaku mengharap tangannya sempurna tetapi apabila jururawat tanya saya sudah tahu atau tidak keadaan tangan Noah, saya mengiyakannya dan tahu anak saya istimewa," katanya.
Katanya, dugaannya bertambah apabila Muhd Noah Malique disahkan menghidap penyakit jantung berlubang, namun takdir Allah SWT menentukan segalanya apabila pemeriksaan kali ketiga ketika ketika anak berusia setahun enam bulan mengesahkan lubang berkenaan sudah tertutup.
"Saya layan dia seperti kanak-kanak normal lain kerana mahu dia berkeyakinan diri untuk meneroka hidup di luar tetapi Noah sendiri juga seorang yang berdikari, malah dia akan usaha menggunakan dua tangan untuk membuat kerja.
"Setiap kali keluar mestilah ada orang yang melihat tangannya dan tanya mana jari tetapi Noah tidak menunjukkan rasa takut apabila diberi perhatian dan setakat ini saya lihat dia yakin berada dalam masyarakat dengan kekurangannya itu," katanya.
Siti Munirah berkata, sebelum ini mereka ada dimaklumkan mengenai tangan palsu ketika melakukan pemeriksaan di klinik kerajaan.
Menurutnya, untuk tangan palsu bionik yang boleh menggerakkan jari, ia perlu dibuat dengan pihak swasta.
"Kami mahu Noah menjalani kehidupan dengan fizikal sedia ada ini juga untuk meningkatkan keyakinan dirinya," katanya ketika ditemui.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ekurangan-diri-noah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|