CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

[Kedah] DUN Kedah bubar secara rasmi hari ini

[Copy link]
Post time 28-6-2023 10:16 AM | Show all posts |Read mode
DUN Kedah bubar secara rasmi hari ini


Jun 28, 2023 @ 9:49am



Wisma Darul Aman. - Foto NSTP



ALOR SETAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, selaras dengan perkenan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Ahad lalu.

Pembubaran itu sekali gus menamatkan pentadbiran tiga tahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengambil alih kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH) pada 17 Mei 2020.

Susulan pembubaran itu, bermula hari ini pentadbiran kerajaan negeri Kedah akan dijalankan oleh kerajaan interim, dengan segala fungsi kerajaan akan berlangsung sebagaimana biasa sehingga kerajaan negeri yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 yang menyaksikan PH mengambil alih kerajaan negeri dengan kemenangan 18 daripada 36 kerusi, persidangan pertama DUN Kedah bagi penggal ke-14 berlangsung pada 3 Julai 2018.

Pembubaran DUN Kedah hari ini menyaksikan mandat lima tahun berakhir enam hari lebih awal berbanding tarikh akhir pada 4 Julai.

Kedah antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Negeri ini mempunyai 36 kerusi dengan kedudukan terkini DUN Kedah menyaksikan PN memiliki 20 kerusi (PAS-14, BERSATU-6); PH menguasai 10 kerusi (PKR-5, AMANAH-3, DAP-2); Barisan Nasional memperoleh dua kerusi (UMNO-2) dan Parti PEJUANG (2).

Dua lagi kerusi kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun daripada PKR, Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Disember tahun lalu, dan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala ADUN Belantek, Datuk Mohd Isa Shafie pula meninggal dunia 14 Jun lalu. – BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.041746 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list