CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

[Sarawak] Siri awal ‘Cerita Rakyat Sarawak Untuk Semua’ dilancarkan

[Copy link]
Post time 27-6-2023 01:18 PM | Show all posts |Read mode


(Dari kiri) Dr Rosalind, Tay, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MCTP) Sarawak Dr Elena Gregoria Chai, Guru Besar SJK Chung Hua Stapok Jong Siaw Hui, Ketua Reka Bentuk Buku Cerita Rakyat Sarawak Untuk Semua Ang Tse Chuan pada Majlis Pelancaran Buku Cerita Rakyat Sarawak Untuk Semua di SJK Chung Hua Stapok, Kuching, hari ini.

KUCHING: Siri awal ‘Cerita Rakyat Sarawak Untuk Semua’ telah dilancarkan hari ini mengandungi lima buku cerita rakyat daripada kumpulan etnik yang berbeza, termasuk etnik minoriti Iban, Bidayuh, Melayu, Cina dan Punan.

Ketua Projek merangkap penerbit siri tersebut, Tay Yit Ping berkata, Sarawak mempunyai kepelbagaian budaya yang sangat kaya tetapi telah dilupakan kerana budaya tersebut tidak diceritakan lagi.

"Terdapat sangat sedikit cerita rakyat Sarawak yang ditulis atau dicipta khas untuk kanak-kanak di pasaran.

"Sejak sepuluh tahun yang lalu, melalui penganjuran aktiviti kanak-kanak, saya telah bertemu dengan pencerita dari banyak negara dan saya juga pernah ke banyak negara untuk menyertai acara bercerita antarabangsa mereka.

"Setiap kali saya mendengar pencerita dari pelbagai negara, saya terkilan dan berulang kali bertanya kepada diri sendiri mengapa kita tidak boleh membawa cerita rakyat Sarawak ke platform antarabangsa?”

"Itulah sebab utama penghasilan buku cerita-cerita rakyat bersiri ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Buku cerita tersebut mengumpulkan cerita rakyat Sarawak yang telah lama dilupakan oleh ramai orang.

Pada masa yang sama membolehkan pencerita tempatan membawa cerita rakyat Sarawak kita ke persada antarabangsa.

Cerita rakyat diturunkan kepada generasi muda melalui kaedah lisan oleh generasi tua dahulu.

Namun, perkahwinan campur antara etnik, telah mengubah budaya masyarakat dan ia tidak dapat dielakkan dan diceritakan dalam banyak versi berbeza daripada beberapa cerita dalam kalangan rakyat.

Malah sumber sebenar telah menjadi misteri yang sukar dikenal pasti kini, tambahnya menjelaskan.

Antara cerita rakyat yang dikumpul dalam siri cerita rakyat Sarawak ini untuk semua, empat daripadanya dikumpul oleh Dr Elena Chai yang merupakan ahli antropologi tempatan, semasa penyelidikannya dalam masyarakat tempatan dan cerita Iban yang lain disumbangkan oleh seorang ibu berbangsa Iban yang menceritakan kisah cerita rakyat yang indah kepada penulis kami.

Kumpulan sasaran utama siri buku cerita ini ialah anak-anak kecil Sarawak.

Oleh itu, cerita-cerita ini ditulis semula menggunakan perspektif kanak-kanak agar sesuai dengan pembaca kanak-kanak.

Dr Rosalind Sia, penerbit bersama lain untuk buku cerita rakyat ini menekankan bahawa penghasilannya telah memperkayakan kandungan pelancongan untuk industri pelancongan Sarawak.

Banyak tempat pelancongan turut diselitkan dalam buku berkenaan seperti rumah panjang batu di Simunjan dan Kuil Datuk Gong di Sebauh.

"Sempena penerbitan buku bergambar cerita rakyat bersiri ini, kami juga mencetak brosur cerita rakyat.

"Pada masa yang sama, supaya pelancong dapat mengetahui lebih lanjut tentang budaya tempatan daripada cerita dan meningkatkan pengalaman perjalanan mereka.

"Kami percaya bahawa siri buku bergambar cerita rakyat  ini akan menjadi cenderamata terbaik yang dibawa oleh pelancong kepada anak-anak mereka apabila mereka pulang ke tanah air selepas melawat Sarawak," ujarnya.

Siri buku cerita bergambar cerita rakyat Sarawak berkenaan dibiayai khas Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Diharapkan lebih banyak siri buku bergambar akan dilancarkan dalam masa terdekat, supaya cerita rakyat Sarawak yang semakin hilang dapat dilihat semula oleh masyarakat kita, katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2023/06/26/siri-awal-cerita-rakyat-sarawak-untuk-semua-dilancarkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.154588 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list