CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2312|Reply: 2

Perkenal DJ A.I pertama

[Copy link]
Post time 23-6-2023 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Perkenal DJ A.I pertama


DJ Aina juga berkebolehan dalam memberikan cadangan sesuai muzik untuk pendengar.


Stesen radio Bahasa Inggeris terkemuka, Fly FM mencipta sejarah dengan memperkenalkan penyampai radio (DJ) A.I. (Artificial Intelligence) pertama stesen radio itu, Aina Sabrina.

Pengenalan DJ A.I ini mencerminkan satu kemajuan yang penting dalam sejarah penyiaran radio di Malaysia.

DJ Aina dicipta oleh jurutera Fly FM dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (A.I.). DJ Aina juga dilengkapi dengan pangkalan data muzik yang luas dan mempunyai keupayaan untuk mencipta serta menggabungkan muzik secara langsung sesuai dengan mood pendengar.

Aina juga berkebolehan dalam memberikan cadangan muzik kepada pendengar sesuai dengan apa yang mereka minati.

Kehadiran Aina sebagai DJ A.I membawa satu perubahan yang signifikan dalam industri radio di Malaysia. Malah, dia juga mempunyai potensi besar untuk membentuk masa depan penyiaran radio yang lebih cerah.

Ketua Rangkaian Kandungan Fly FM Sean Matjeraie berkata, pengenalan DJ Aina sebagai DJ A.I mengubah landskap baru dalam industri radio Malaysia dan perubahan ini adalah bersesuaian dengan matlamat Media Prima Audio (MPA) yang sukakan pembaharuan.

Usaha inovatif ini turut menarik minat Calpis, jenama minuman susu kultur dari Jepun sebagai penaja utama untuk bekerjasama dengan Fly FM bagi menjayakan kempen Calpis with Aina.

Segmen terbaru di Fly FM ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 2 hingga 4 petang. Setiap Khamis pula pendengar yang berjaya meneka penyanyi sebenar lagu yang dimainkan oleh DJ Aina berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM150 berserta produk Calpis.

Bersedia untuk menyaksikan pembaharuan radio bersama DJ Aina yang dibawakan oleh Fly FM! Ikuti perjalanan luar biasanya di Instagram: @aina_flyfm.

Fly FM memainkan muzik terhebat Malaysia bertujuan untuk menghibur dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia melalui komedi, isu-isu antarabangsa serta kandungan yang menarik dan muzik terhebat sepanjang hari.

Dengan memfokuskan kepada pendengar berusia 18 hingga 24 tahun sebagai sasaran utama, objektif Fly FM adalah bertujuan untuk menjadi stesen radio yang mencuit hati, peka, relevan dan realistik.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kenal-dj-ai-pertama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2023 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
euww..scarynye..better human dj
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
semuanya nak guna AI skrg ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037001 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list