CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2248|Reply: 4

Fakta Atau Auta Anak Bongsu Paling Manja Dalam Keluarga, Adakah Anda Orangnya?

[Copy link]
Post time 23-6-2023 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Fakta Atau Auta Anak Bongsu Paling Manja Dalam Keluarga, Adakah Anda Orangnya?



“Sifat anak bongsu memang manja..”

Ungkapan di atas sering kali kita dengar kerana sifat anak bongsu sememangnya sinonim dengan seorang yang manja dan lebih mendapat perhatian daripada ibu bapa.

Apakah faktor yang menyebabkan mereka menjadi seorang yang terlampau manja? Ikuti penjelasannya di bawah. Anak bongsu memang wajib baca! Relate sangat…

SIFAT ANAK BONGSU NI ORANG KATA MANJA SANGAT, HMM…



Pada tahun 1927, ahli psikologi Alfred Adler menjadi orang yang pertama menulis tentang ciri-ciri anak mengikut turutan kelahiran mereka.

Menurutnya, anak bongsu disifatkan sebagai:

  • Suka bergaul dan bersosial
  • Berkeyakinan tinggi
  • Kreatif
  • Pandai menyelesaikan masalah
  • Pandai membuatkan orang lain membantu dirinya
  • Penyayang



Ciri-ciri negatif sifat anak bongsu adalah:

  • Seorang yang terlampau manja
  • Sanggup mengambil risiko walaupun tak perlu
  • Kurang bijak
  • Nakal
  • Tidak pandai berdikari


Pakar psikologi berpendapat kebanyakan ibu bapa lebih cenderung memanjakan anak bongsu berbanding anak-anak yang lain. Walau bagaimanapun, ada juga sifat anak bongsu yang lain tidak memiliki sifat manja kerana mengikut corak didikan.

CARA MENDIDIK ANAK BONGSU
Ibu ayah perlu pandai dalam mendidik dan melayan anak bongsu. Jangan terlalu memanjakan mereka kerana risau adik-beradik yang lain akan cemburu.

Berikut merupakan beberapa langkah yang anda boleh cuba lakukan:

1. GALAKKAN KOMUNIKASI
Apabila berlaku pergaduhan dan perselisihan faham, pastikan anak bongsu sentiasa bersuara. Jangan biarkan pergaduhan tanpa komunikasi dua hala.

2. AGIHKAN TUGAS & TANGGUNGJAWAB DENGAN ADIL
Memberi tugasan yang sesuai boleh membantu meminimumkan persaingan.

3. ELAKKAN PERBANDINGAN
Jangan memanggil anak bongsu dengan panggilan manja seperti sayang dan baby kerana ini akan membuatkan mereka rasa lebih bertuah dan disayangi daripada adik-beradik lain.

4. JANGAN SELALU MENYEBELAHI ANAK BONGSU
Hanya kerana anak bongsu, ini tidak bermakna ibu ayah harus menyebelahi mereka sehingga membuatkan hati adik-beradik lain terguris.

5. SAYANG SETIAP ANAK
Jangan buatkan anak yang lain rasa tidak istimewa dan tidak dihargai. Berikan layanan yang sama untuk setiap anak.

Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sifat anak bongsu seorang yang manja. Paling penting sekali adalah corak didikan ibu bapa kepada anak-anak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Heatlhline, Sehat & Choosing Therapy
https://siraplimau.com/sifat-anak-bongsu/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2023 12:36 PM | Show all posts
Secara kebetulan ada laa sikit2... tapi fakta negatif anak bongsu kurang bijak tu nampak ganas beno...auta maybe.... Tapi kalau kurang bijak membuat keputusan yg tu betoi.  Was2 and suka bergantung pada org... Hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 01:56 AM | Show all posts
I used to be the pet in my family. As the years went on, as most of my family & family members passed away, I don't get that spoilt feeling anymore despite me being an adult.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya itu trait yg common utk anak bongsu but don't be surprise if ada yg contradic.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak semua anak bongsu manja ye. Ada je anak bongsu lagi kental dari anak2 yg lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.124679 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list