CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

[Pahang] Hampir 10 bulan tinggal dalam kereta, lima beranak dihimpit kesusahan

[Copy link]
Post time 22-6-2023 01:41 PM | Show all posts |Read mode

RAZAK terpaksa membawa isteri dan tiga anaknya tidur di dalam kereta selama 10 bulan selepas mereka tiada tempat tinggal dan tidak mampu menyewa rumah. FOTO Ihsan Edi Arjuna Pencerita.

Temerloh: "Mana ada bapa sanggup tengok anak tidur dalam kereta, tapi apakan daya, saya terpaksa," luah bapa tiga anak dikenali Razak yang sudah hampir 10 bulan tinggal di dalam kereta Proton Wira miliknya kerana tiada tempat tinggal.

Kesusahan Razak, 42, bersama isteri dikenali Siti, 39, dan tiga anak mereka yang berumur tiga hingga lapan tahun itu mendapat perhatian warganet susulan perkongsian pengguna Facebook, Edi Arjuna Pencerita.

Perkongsian itu memberi sinar buat Razak sekeluarga apabila ramai tampil untuk membantu.

Menurut Razak, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan seperti memotong rumput dan pemandu van sekolah, namun ujian kesempitan hidup mencegah ketika pandemik Covid-19.

Katanya, sebelum ini mereka pernah tinggal menyewa di Banting, Selangor dan menumpang di rumah keluarga di ibu negara, namun masalah yang berlaku menyebabkan mereka membuat haluan sendirian dan akhirnya tinggal di dalam kereta.

Lebih memeritkan apabila Razak dimasukkan ke Hospital Temerloh hari ini kerana ketumbuhan pada leher yang disedari sebulan lalu, sakit.

"Sepanjang tinggal dalam kereta, saya sudah bawa anak dan isteri bermalam di merata tempat, antaranya sekitar Nilai, Negeri Sembilan; Banting, Selangor dan terbaharu di Lebuhraya Karak, Pahang.

"Kebiasaannya kami tidur di dalam kereta, namun jika ada rezeki lebih, saya bawa anak dan isteri tidur di hotel bajet.

"Alhamdulillah, setakat ini tiada gangguan atau masalah malah polis peronda juga bantu, memantau keselamatan kami," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Demi kelangsungan hidup, Razak kini mengambil upah sebagai mekanik jalanan tanpa meninggalkan anak dan isterinya, namun upah diterima tidak seberapa menyebabkan sukar untuknya menyewa rumah.

"Saya memang nak sewa rumah cuma apabila dapat duit, kena dahulukan beli makanan dan keperluan anak, termasuk susu dan lampin pakai buang.

"Sebelum ini, ada juga simpan duit tetapi kereta rosak hingga saya terduduk... terpaksa keluarkan duit bagi membaiki kereta.

"Pernah juga berniaga jual air tin tetapi modal tak cukup dan kemudian ambil upah bantu mereka yang perlukan pertolongan akibat kereta rosak di tengah jalan," katanya.

Razak berkata, dia sedih apabila dimasukkan ke wad (hari ini) pada hari ulang tahun keempat anak keduanya dan tidak dapat meraikan bersamanya.

Menurutnya, doktor memaklumkan dia perlu dibedah bagi membuang ketumbuhan pada leher, berkemungkinan pada Jumaat.

"Saya harap pembedahan berjalan lancar kerana nak keluar bekerja dan cari duit untuk keluarga," katanya yang memberitahu sudah dihubungi wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas kisahnya tular.

Katanya, JKM bertanya di mana dia sekeluarga mahu menetap selepas ini.

"Kalau boleh saya nak duduk di sekitar Karak dan berharap dapat bantuan bayar wang pendahuluan rumah kerana memang tak mampu buat masa ini," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Public Bank 4747117432 atas nama Siti Azeryna Daud atau menghubungi isteri Razak 014-878 0368.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -dihimpit-kesusahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6304 Replies : 37
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73744 Replies : 325
Siapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Kena tunduk
tokchikSiapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Ken
Views : 8672 Replies : 45
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 207236 Replies : 4991
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10788 Replies : 60
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6314 Replies : 40
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14520 Replies : 54
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8697 Replies : 37
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 5016 Replies : 30
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12047 Replies : 88

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.051476 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list