CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maqis rampas 1,714 kg makanan haiwan

[Copy link]
Post time 20-6-2023 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Maqis rampas 1,714 kg makanan haiwan

oleh   MOHD ISKANDAR OTHMAN  20 Jun 2023   11:25am





Pegawai Maqis melakukan pemeriksaan terhadap makanan haiwan yang cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa permit import yang sah.




BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 1,715 kilogram (kg) makanan haiwan dari Thailand yang cuba dibawa masuk melalui pintu masuk Dermaga Air Dalam di sini pada Ahad lalu.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, makanan haiwan bernilai RM55,605 itu didapati tidak mempunyai permit import Maqis yang sah.

Menurutnya, kegagalan untuk mengemukakan permit import bagi pengimportan makanan haiwan adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].



Makanan haiwan bernilai RM55,605 didapati tidak mempunyai permit import Maqis yang sah.





"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama," katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.

Muhammad Ikram berkata, Maqis sentiasa komited dalam melaksanakan tugasan dan memastikan di semua pintu masuk negara bersama agensi penguatkuasaan di sempadan bagi memastikan komoditi keselamatan keluaran pertanian yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048342 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list