View: 202|Reply: 0
|
Verstappen rangkul kemenangan ke-41, setanding mendiang Senna
[Copy link]
|
|
VERSTAPPEN kelihatan tenang selepas memenangi GP Kanada. FOTO AFP
Montreal: Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen kini setanding dengan mendiang Ayrton Senna dalam buku rekod apabila memenangi kejuaraan ke-41 di Grand Prix (GP) Kanada, tengah malam tadi.
Juara berganda berusia 25 tahun dari pasukan Red Bull itu menamatkan perlumbaan 9.570 saat (s) di depan pemandu Aston Martin, Fernando Alonso manakala Lewis Hamilton menduduki tempat ketiga untuk Mercedes.
Ia adalah kemenangan ke-100 buat Red Bull dan kemenangan kedua Verstappen di Circuit Gilles Villeneuve iaitu kejuaraan keenam daripada lapan perlumbaan tahun ini.
Ia menjadikan 41 gelaran keseluruhan buat Verstappen dan ketinggalan di belakang beberapa legenda seperti juara dunia empat kali, Alain Prost (51) dan Sebatian Vettel (53); juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher (91) dan Hamilton (103).
"Memang hebat apabila memastikan kemenangan ke-100 buat pasukan di sini.
"Saya tidak pernah menjangka akan mencipta jumlah seperti ini untuk diri sendiri, jadi mahu terus menikmati dan bekerja keras, tetapi ia adalah hari yang hebat buat kami," kata Verstappen.
Kejayaan Alonso menaiki podium adalah kali keenam musim ini pada ketika dia terus cemerlang dan bersaing hebat pada usia 41 tahun.
Alonso berkata, dia berdepan dengan masalah brek pada hujung perlumbaan itu.
"Kami berharap untuk terus mencabar, tetapi ketinggalan kepada Lewis di peringkat awal dan kemudian berjuang sepanjang perlumbaan. Ia seperti perlumbaan kelayakan sejauh 70 pusingan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ding-mendiang-senna |
|
|
|
|
|
|
| |
|