CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 1

[Kedah] 'Saya bukan ‘Islamist’ seperti didakwa' - Anwar

[Copy link]
Post time 17-6-2023 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-6-2023 06:24 PM

'Saya bukan ‘Islamist’ seperti didakwa' - Anwar

oleh    ROSLINDA HASHIM   17 Jun 2023   03:23pm





Anwar




KODIANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang melabel beliau sebagai ‘Islamist’ atau berlebih-lebihan dalam menerapkan konsep Islam dalam kerajaan pimpinannya.

Beliau turut menepis dakwaan yang mengatakan pendekatan ‘Islamist’ itu cuba diterapkan di sebalik pembaharuan yang dibawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Ada yang dakwa Anwar sekarang mempamerkan sikap Islamist yang kukuh, cuba diselindungi selama ini dengan mengarahkan Jakim untuk menguasai sebuah sistem.

“Ini haprak punya pandangan. Saya nak bagi tahu rakan-rakan bukan Islam, terima kasih atas sokongan mereka namun mereka harus faham. Kalau umat Islam ini ilmunya dangkal kecenderungannya itu menghukum, ia tidak akan menarik orang meminati Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang di sini pada Sabtu.

Anwar berkata, peranan Jakim harus diperluaskan dan bukan sahaja merangkumi isu keagamaan dan perundangan Islam.

“Sekarang bawah pentadbiran saya, diperluaskan tugas Jakim, bicara soal ekonomi, program digital, kokurikulum pendidikan, dan tanggungjawab itu lebih luas. Supaya nilai Islam diterapkan. Ini juga ditentang oleh pihak yang tidak faham, ada kelompok kecil bukan Islam menulis ia tersasar,” jelasnya.


Anwar (tengah) menyampaikan cek sumbangan kepada institusi pendidikan Islam di Kedah sebagai simbolik penyerahan pada majlis sambutan Jubli Intan SMA Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang pada Sabtu.





Menurutnya, itu antara sebab Yayasan Karyawan diwujudkan untuk menerbitkan karya-karya besar ulama Islam untuk mengelak kecelaruan atau pertembungan antara dua pihak.

“Kita mahu berikan kefahaman selain kesedaran Islam yang meluas untuk kita angkat. Bukan dalam ceramah-ceramah hukum hakam atau serangan, itu tak menjadi.

“Kita harus gali semula karya-karya agung besar dulu kerana kita perlu mendidik dengan memahami khazanah ilmuan kita. Tugas kita sekarang mendidik, memberi pencerahan supaya iman, akhlak, sahsiah baik, baru kita boleh rombak dan bawa perubahan baik dalam negara,” jelasnya.

Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan sentiasa menghargai usaha-usaha dilakukan para ulama dan umara’ dalam menyebarkan ilmu dan kefahaman Islam kepada masyarakat.

“Dalam pembentangan Belanjawan 2023, saya telah umumkan peruntukan RM1.5 bilion kepada pengurusan hal ehwal Islam. Ini bukti kesungguhan kerajaan untuk perkasa Islam dan umat Islam," katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2023 06:28 PM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 17-6-2023 06:30 PM

Kerajaan Perpaduan terbuka dikritik, tolak fitnah ketaksuban

oleh   ROSLINDA HASHIM 17 Jun 2023  04:07pm





Anwar beramah mesra dengan pelajar sekolah agama yang menyambut ketibaan beliau di SMA Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang, pada Sabtu.




KODIANG - Kerajaan Perpaduan sentiasa terbuka terhadap sebarang kritikan dan pandangan semua pihak untuk kebaikan negara, namun jangan sesekali menggunakan agama sebagai serangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan sesetengah pihak yang melemparkan fitnah sehingga membawa kepada politik perpecahan seharusnya dielakkan berleluasa.

Menurutnya, sikap taksub yang berlebihan kepada parti-parti tertentu sehingga 'label-melabel' kepada pihak yang tidak sehaluan dengan mereka hanya menjadikan keadaan semakin parah.

“Saya minta sekali lagi. Kalau kita nak pertahankan Islam, ada banyak lagi boleh kritik saya. Saya boleh terima kalau kritik kerajaan saya, tetapi fitnah tidak boleh.

“Ada pandangan umpamanya kalau tak bersama parti ini bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukankah itu sudah tahap parah. Saya harap golongan agamawan tegurlah, janganlah ketaksuban kepada parti mengatasi segalanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anwar turu menegaskan bahawa negara ini memberi jaminan bebas bersuara, namun elakkan terbawa-bawa dengan politik perpecahan.

“Saya sudah minta Menteri Pendidikan bincang semula kurikulum pendidikan Islam. Panggil wakil-wakil tok guru dan kita mahu bawa perubahan sebaik mungkin.


"Saya tidak memimpin kerajaan yang mengatakan kami sudah sempurna dalam menabur jasa, boleh tegur, boleh kritik, tetapi janganlah fitnah saya atau anggap saya sesat dengan begitu mudah,” ujarnya.

Sementara itu, tambah Anwar, pendirian Kerajaan Perpaduan tidak berubah dalam isu kalimah ALLAH.

“Keputusan Majlis Raja-Raja Melayu ialah kalimah ALLAH digunakan di Semenanjung Tanah Melayu hanya untuk orang Melayu dan Islam. Kita tak ubah. Tak kan saya nak langgar titah Raja-Raja Melayu?

“Dengan peraturan sekarang, kalau kita saman kita kalah. Sebab itu peraturan lama oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Dulu mengatakan untuk Sabah Sarawak karya-karya boleh dimasukkan. Jadi kalau kita saman, kita kalah kerana hakim hanya ikut peraturan,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan hanya mahu meminda peraturan lama yang meragukan, bukannya meminda istilah atau penggunaan kalimah ALLAH.

“Yang kita nak buat, peraturan yang mengatakan boleh import karya-karya yang ada nama ALLAH untuk Kristian. Persembahkan dahulu kepada Sultan Selangor, dengan persetujuan dan surat daripada kabinet, bawa kepada Majlis Raja-Raja Melayu yang mana nak pinda.

“Bukan pinda keputusan kalimah ALLAH, pinda peraturan yang mengelirukan dari segi peraturan lama yang dibuat oleh KDN,” katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.080751 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list