CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Pulau Pinang] Muhammad Qayyim OKU pertama ditabal qari kebangsaan

[Copy link]
Post time 17-6-2023 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Muhammad Qayyim OKU pertama ditabal qari kebangsaan


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



AHMAD Fuzi (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Muhammad Qayyim sambil diperhatikan Dr Mohd Nai'im (kiri) dan bapa qari itu Saimi Yusoff, 58. FOTO Danial Saad.




Butterworth: Qari Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dinobat johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023M yang berlangsung di Pusat Konvensyen, Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa (PICCA) malam tadi.

Kejayaan itu menjadikan anak sulung berusia 25 tahun itu OKU pertama bergelar juara qari kebangsaan sejak program berlangsung pada 1947.

Sementara itu, qariah dimenangi Penolong Pegawai Islam Yayasan Islam Terengganu, Nor Hidayah Abd Rahman, 32.

Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, selain piala iringan dan tambahan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji.

Mereka juga melayakkan diri untuk mewakili Malaysia bagi menyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 20 hingga 26 Ogos nanti di Pusat Dagangan Dunia (PWTC) Kuala Lumpur.

Naib johan qari dimenangi Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dan qariah pula Nor Ruzana Natiah Jaafar dari Selangor.

Mohammad Husaini dari Negeri Sembilan dan Nurul Nadiah Hashim dari Johor masing-masing memenangi tempat ketiga.

Bagi kategori hafazan kategori 1 hingga 30 juzuk, peserta dari Johor, Ahmad Ikmal Mohd Ridhuan diumumkan johan hafiz, manakala Dian Karisma Mohd Japar (Sabah) sebagai johan hafizah.

Mereka memenangi wang tunai RM20,000, selain tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan haji dan piala iringan.

Terdahulu, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah MTHQK yang turut menyaksikan Negeri Sembilan muncul sebagai juara keseluruhan.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

MTHQK berlangsung enam hari dengan penyertaan 108 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri.



Disiarkan pada: Jun 17, 2023 @ 12:57am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053486 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list