CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 1

[Kedah] Adun Belantek meninggal dunia

[Copy link]
Post time 15-6-2023 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Adun Belantek meninggal dunia


BERNAMA



MOHD Isa Shafie. FOTO Facebook



Alor Setar: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belantek Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, malam tadi.

Berita kematian Mohd Isa dikongsikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di laman Facebooknya malam tadi.

"Saya menerima berita bahawa YB (Yang Berhormat) Dato (Allahyarham Mohd Isa) meninggal dunia 11.23 malam di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

"Salam takziah buat seluruh ahli keluarga (Allahyarham)," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebooknya malam tadi.

Sebelum ini media melaporkan Mohd Isa, 69, yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Kedah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSAH kerana mengalami jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang pada bulan lepas.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 Mohd Isa daripada Pas menang kerusi Dun Belantek dengan majoriti 2,574 undi selepas mendapat 9,600 undi menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mohd Tajudin Abdullah (7,026 undi) dan calon PKR Abdul Rashid Abdullah (2,376 undi).

Kedah yang tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) serentak dengan PRU ke-15 pada November lepas akan mengadakan PRN dalam masa terdekat bersama lima negeri lain.



Disiarkan pada: Jun 15, 2023 @ 7:46am












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2023 03:13 PM | Show all posts
Jenazah ADUN Belantek selamat dikebumikan

15 Jun 2023    02:15pm





Jenazah Allahyarham Mohd Isa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jering, Chepir kira-kira jam 11.30 pagi Khamis.




SIK - Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Datuk Mohd Isa Shafie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jering, Chepir dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi Khamis.

Jenazah Allahyarham Mohd Isa, 69, dibawa pulang dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani kira-kira jam 2 pagi tadi dan dimandikan serta disolatkan di rumahnya di Kampung Jelutong, di sini sebelum dibawa ke surau Kampung Jering untuk solat jenazah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama isteri Tok Puan Jusmalailani Jusof turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya di Kampung Jelutong, Chepir dekat sini.

Dianggarkan kira-kira 1,000 orang menziarahi dan mendirikan solat jenazah yang diadakan di kedua-dua lokasi tersebut.

Mohd Isa dilaporkan meninggal dunia pada jam 11.23 malam Rabu di HSAH selepas dimasukkan ke wad hospital itu awal Mei lepas.

Anak bongsu Allahyarham, Ameeratul Akmar, 32, berkata, bapanya demam pada 3 Mei lalu dan pada keesokan harinya terjatuh di bilik air dan dibawa ke Hospital Sik menaiki ambulans.

"Kami kemudiannya dimaklumkan yang keadaan abah kritikal perlu dipasang alat bantuan pernafasan lalu terus dibawa ke HSAH. Semalam genap 40 hari, doktor maklumkan keadaan abah 50-50...sepanjang ditidurkan, dua kali abah sedar tapi tak banyak berbual.

"Semalam kami balik jam 7.30 malam, sampai di rumah 9.30 malam dan dimaklumkan abah semakin kritikal, kami bergegas ke sana dan tiba dua minit selepas abah menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika ditemui pada Khamis.




Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Muniratul Akmar, 44, berkata bapanya sempat berpesan agar anak-anak menjaga ibu, Che Faridah Md Desa, 61.

"Doktor maklumkan, empat daripada enam organ utama iaitu jantung, hati, paru-paru dan buah pinggang sudah dijangkiti kuman dan hanya bergantung kepada antibiotik.

"Saat-saat terakhir abah, kami semua anak-anak sempat berada di sisi dan doktor bagi kebenaran untuk kami berada dekat dengannya, mengajar dia mengucap...abah juga berpesan sebelum ini untuk jaga mak," ujarnya.

Arwah meninggalkan isteri, Che Faridah dan lima anak, Muniratul Akmar, Ameeratul Akmar, Mohd Saiful Munir, 43, Mohd Fakhrul Munir, 41, dan Mohd Shahidal Munir, 40, serta ibu yang sudah uzur, Esah Mehat, 92. - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.037454 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list