View: 296|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Warga emas didakwa bunuh 2 lelaki
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/KILL_1686721652.jpg)
Tan Chew Heng berdepan pertuduhan bunuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret. FOTO Aminah Yusof
Bukit Mertajam: Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh dua lelaki di Jalan Song Ban Kheng di sini, awal bulan ini.
Tertuduh, Tan Chew Heng, 66, mengangguk faham selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa membunuh Tu Soon Ee, 79, di Lot 521, Mukim 15, Jalan Song Ban Kheng dalam daerah Seberang Perai Tengah antara jam 1.45 petang hingga 6.30 petang pada 6 Jun lalu.
Manakala bagi pertuduhan kedua, Chew Heng didakwa melakukan perbuatan membunuh M. Murugason, 58, di lokasi sama antara jam antara jam 1.45 tengah hari pada 6 Jun hingga 12.01 tengah malam pada 8 Jun lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Jamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh menghadapi pertuduhan bunuh.
Ketika prosiding, tertuduh memohon mahkamah menghantarnya ke hospital serta mendakwa dirinya adalah pesakit mental dan memerlukan ubat antipsikotik.
Mohd Harith berkata tertuduh seharusnya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak penjara reman untuk tindakan lanjut.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 September ini untuk tarikh sebutan semula kes serta bagi mendapatkan laporan forensik dan kimia
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... akwa-bunuh-2-lelaki |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|