CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mayat lelaki warga asing ditemukan dengan 10 kesan tikaman

[Copy link]
Post time 13-6-2023 10:43 PM | Show all posts |Read mode
Mayat lelaki warga asing ditemukan dengan 10 kesan tikaman


BERNAMA



GAMBAR hiasan



Batu Kawan: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan berlumuran darah dengan 10 kesan tikaman di seluruh badan disyaki dibunuh di Taman Central Island ASPEN, di sini, hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, pihaknya menerima panggilan telefon berhubung penemuan mayat itu pada 9.20 pagi sebelum sepasukan polis terus ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak sedarkan diri.

"Pemeriksaan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan berdarah dan pegawai perubatan yang ke lokasi kejadian mengesahkan lelaki yang tiada dokumen pengenalan diri itu telah meninggal dunia.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai warga asing dan terdapat 10 kesan tikaman di seluruh badan lelaki itu, ketika ditemukan dia memakai pakaian lengkap iaitu t-shirt berwarna merah serta berseluar jeans," katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan identiti mangsa dan kenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian pembunuhan itu.

Khaw berkata, polis juga mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian bagi mengesan mereka yang terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Katanya mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

"Polis meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian itu atau orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.




Disiarkan pada: Jun 13, 2023 @ 9:34pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.052802 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list