CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

[Sarawak] Kemerdekaan dikecapi harus diraikan bersama

[Copy link]
Post time 11-6-2023 10:50 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Seluruh penduduk Sarawak dan komuniti di sini diingat sentiasa menghargai kemerdekaan memandangkan tanpa kemerdekaan dicapai dalam 60 tahun ini, penduduk tidak berada dalam keadaan selesa seperti kini.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai berkata, kemerdekaan dikecapi ini harus diraikan bersama dengan azam terus menyumbang bakti seiring dengan transformasi berlaku.

Katanya, majlis penghargaan adalah momen menghayati erti kemerdekaan mengimbas sejarah 60 tahun lalu dan pencapaian masa ini serta apa yang diimpikan pada masa akan datang.

"Kita percaya kepimpinan Premier berinovasi dan bervisi menjadikan negeri ini maju pada 2030 pasti dapat dicapai selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) berasaskan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Komuniti sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di sini malam tadi.

Justeru, penduduk negeri ini perlu sentiasa bersatu teguh mencapai kemakmuran bersama dan berganding bahu memajukan Sarawak dari segala segi bukan sahaja pembangunan fizikal malah sosial.

"Ia seiring dengan kelestarian alam sekitar serta bersesuaian dengan 60 tahun Sarawak merdeka tahun ini bertemakan 'Sarawak Maju Makmur'," jelasnya.

Katanya, kepesatan perindustrian di Bintulu memberi cabaran kepada komuniti setempat dengan kemasukan pelaburan asing, ekspatriat dan pekerja luar negara menyebabkan kos sara hidup tinggi berbanding kawasan lain.

"Harga rumah melonjak dengan begitu cepat, memberi cabaran kepada rakyat tempatan dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dipimpin Premier Sarawak tidak menutup mata terhadap keperluan dan kehendak rakyat Bintulu," katanya.

Menurutnya, projek mega seperti pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak, pembangunan Jepak Jaya, pembinaan Jambatan Sebauh dan pelbagai projek lain merupakan hadiah dan buah tangan kepada rakyat di sini.

"Projek infrastruktur asas seperti jalan raya, utiliti seperti bekalan air dan elektrik, telekomunikasi dirancang dalam pelaksanaan dan meliputi kawasan Bintulu termasuk daerah Tatau dan Sebauh.

"Justeru, kita berharap pembangunan seperti ini diteruskan selari dengan kepesatan perindustrian di Bintulu serta memohon limpahan kekayaan diperolehi turut disalur ke segenap pelosok bahagian ini tidak kira di pedalaman, pinggir bandar atau bandar seperti Sebauh dan Tatau," jelasnya.

Beliau berkata, perkara ini dapat dicapai dengan adanya kerajaan stabil dan sokongan tanpa berbelah bahagi daripada rakyat.

Katanya, Kerajaan Sarawak membuktikan kestabilan politik memperkukuh pentadbiran kerajaan merupakan nadi utama dan pemangkin pembangunan dan pelabur lebih yakin melihat potensi menanam modal dan menjalankan perniagaan di Sarawak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037456 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list