CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

[Johor] Polis buru penyamun tunggang basikal

[Copy link]
Post time 10-6-2023 04:26 PM | Show all posts |Read mode

POLIS sedang mengesan lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian samun bersenjata parang. FOTO ihsan pembaca

Johor Bahru: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian samun bersenjata parang sehingga menyebabkan seorang wanita cedera di Jalan Palas 1, Kampung Baru Pandan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.52 malam tadi.

"Mangsa yang berusia 40-an kerugian wang tunai dan telefon bimbit dengan anggaran nilai beberapa ratus ringgit.

"Mangsa juga cedera ringan iaitu terdapat sedikit luka pada sikunya akibat terjatuh," katanya hari ini.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 6.40 petang semalam yang mana suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 20 tahun.

"Suspek berbadan kurus dan tingginya kira-kira 165 sentimeter (cm) yang mana ketika kejadian suspek berpakaian t-shirt lengan pendek berwarna hitam dan seluar panjang gelap.

"Suspek yang berambut pendek hitam, tidak bermisai atau janggut dan berkulit agak cerah, ketika kejadian menunggang basikal," katanya.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Fadzil Tuan Wil di talian 011-40678218," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... un-tunggang-basikal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.776698 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list