View: 2464|Reply: 7
|
Online Marketing Vs MLM
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by ctredzuan at 17-12-2010 18:09
Online Marketing dan MLM!! Yang mana satu lebih menguntungkan?
Di Malaysia sahaja berbagai2 jenis MLM yang bertapak disini dan ade diantaranya suatu program yang tidak sah disisi undang-undang dan perlembagaan Malaysia. Syarikat-syarikat ini hanya mengambil keuntungan dari penyertaan dari para peserta dan bukan dari produk yang ditawarkan. Mmg tidak dinafikan bahawa MLM adalah satu cabang perniagaan yang makin berkembang maju di Malaysia tetapi para pengguna mesti mengkaji terlebih dahulu dengan lebih detail syarikat-syarikat yang menawarkan program sedemikian. Antara MLM yang cemerlang ialah ZULIAN,HI-O, K-LINK, E-dagang (Uptrend) dan yang terbaru (terbaru bagi saya, kalo anda saya xpasti la) Score-A. Dari kaji selidik saya (selidik suka2.. haha) kebanyakan dari syarikat ini menawarkan Produk Fizikal iaitu produk yg berkaitan dengan Kesihatan, kecantikan dan pembelajaran
Bagi Online Marketing pula ianya lebih mudah dari dari MLM disebabkan oleh beberapa faktor seperti Produk dagangan, Kos pembuatan, kos tenaga kerja dan kos penghantaran. Ini Kerana kebanyakan produk Online Marketing adalah berbentuk digital seperti E-book dan sebagainya. Seperti yang saya ceritakan pada post yang lepas produk digital lebih inovatif bagi penggemar pelayan Internet.
Dari Segi Penjanaan wang ringgit bagi kedua-dua program berkenaan, saya rasa kedua-duanya tidak mempunyai apa2 perbezaan pn. Ini kerana kedua-duanya memerlukan teknik menarik pelangaan yang betul. Prospek-prospek inilah sebenarnya yang menentukan keuntungan. Bagi MLM, prospek yang perlu dicari dan dikejar memerlukan keyakinan yang tinggi ini kerana mereka perlu berdepan prospek bagi meyakinkan mereka untuk turut serta didalam program yang mereka sertai tapi lain pula bagi Online marketing mereka memerlukan teknik tertentu untuk meningkatkan traffic ke laman-laman web mereka. Semakin ramai traffic, semakin besar peluang mereka untuk menghasilkan pendapatan.
Dari Segi bentuk pemasaran pula, ini mungkin salah satu kelemahan untuk MLM, kerana pemasaran mereka mungkin agak terhad seperti contoh yang melibatkan kawasan pemasaran, peringkat umo prospek, dan masa (yang paling penting kot) manakala bagi Online Marketing pula ketiga- tiga aspek ini mungkin tidak menjadi masalah kerana ianya dipasarkan melalui internet yang melangkaui sempadan yang tanpa batasan.
Namun bagi MLM, system yang digunakan pakai bagi menjanakan wang juga tidak boleh dipandang rendah. Bonus-bonus yang ditawarkan amat menarik kalau tidak masakan Program ini dapat melahirkan silent millionaire di malaysia. Jadi anda sendiri yang menetukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenalpasti pasaran
Bagi online marketing pasaran biasanya lebih tertumpu kepada enjin carian. Enjin Carian ini merupakan kunci utama yang digunakan bagi kebanyakan perlayar - pelayar internet untuk mencari produk atau apa-apa sahaja yang mereka mahukan.
Diantara enjin carian yang popular ialah google.com, yahoo.com, amazon.com dan msn.com. Anda boleh dapatkan panduan mengenai kata-kata kunci yang paling selalu atau kerap dicari oleh pelayar-pelayar internet melalui sistem-sistem yang boleh digunakan seperti word tracker atau good keywords
Masukkan kata kunci yang ingin dicari, sistem berkenan akan mencari kata kunci yang sering dicari oleh orang di internet. |
|
|
|
|
|
|
|
Laman web Perniagaan
Laman web perniagaan yang dibina merupakan untuk menceritakan berkenaan produk yang anda niagakan. Boleh dikatakan seperti wakil penjual bagi produk anda. Ia juga merupakan laman web khas bagi menerangkan ciri -ciri dan juga kelebihan bagi produk yang anda pasarkan.
Berikut merupakan antara ciri-ciri subuah laman web perniagaan yang baik :-
1. Menerangkan kelebihan- kelebihan produk anda
2. Menawarkan bonus- bonus yang dapat menarik perhatian pembeli
3. Menunjukkan testimoni dari pelanggan yang telah menggunakan produk anda
IslaNetwork |
|
|
|
|
|
|
|
harap topik boleh dijadikan sbg topik perbincangan bukan promo iklan ok |
|
|
|
|
|
|
|
eemmm pada aku...lebih suka bertemu muka..... |
|
|
|
|
|
|
|
ada baik dan buruk nya.. saya biz online 100%, aman bahagia sampai arini |
|
|
|
|
|
|
|
MLM penipu.. 1 kaya 100 tertipu.. toksah percaya.. belum tentu halal.. |
|
|
|
|
|
|
|
MLM penipu.. 1 kaya 100 tertipu.. toksah percaya.. belum tentu halal..
khai24 Post at 24-12-2010 21:08
Pada pandangan saya mengatakan MLM penipu tak tepat. MLM adalah salah satu cara/sistem memasarkan produk dengan pelbagai lapis atau jaringan pengedar, iaitu berlawanan dengan sistem penjualan terus atau pemasaran selapis.
Yang sering dikatakan menipu ialah apabila beberapa orang yang menubuhkan syarikat lalu menggunakan sistem MLM dengan janji pendapatan yang lumayan sekadar untuk mencari /menarik ahli baru menyertai program mereka. Syarikat-syarikat begini tidak mementing kualiti dan jualan produk. Peserta baru hanya disuruh mencari ahli baru. Penjualan barang hanyalah sebagai syarat dan menjadi sebahagian daripada pakej apabila seseorang menyertai bisnes tersebut, yang biasanya tinggi (wang inilah jugalah digunakan untuk membayar bonus kepada ahli yang menaja ahli baru selain sebahagiannya pula masuk ke akaun syarikat). Keuntungan syarikat hampir keseluruhannya datang dari penyertaan ahli baru saja.
Terdapat beberapa syarikat yang sememangnya menggunakan sistem MLM yang sebenar dan mereka juga mempunyai produk yang berkualiti. Jadi yang penting sebelum menyertai sebarang perniagaan MLM kenalah dikaji dulu latarbelakang syarikat tersebut, termasuk apakah produk yang mereka pasarkan mendapat pengiftirafan halal dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|