CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

[Selangor] 'Along' lakukan khianat ditahan

[Copy link]
Post time 7-6-2023 10:07 AM | Show all posts |Read mode

Ampang Jaya: Seorang ejen pinjaman wang ditahan di sebuah kondominium di Jalan Air, Bukit Ampang Utama dekat sini, 25 Mei lalu, bagi membantu siasatan kejadian khianat.

Lelaki itu ditahan dalam operasi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara jam 4.30 sehingga 5.20 petang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, polis menerima laporan daripada pegawai kerajaan berusia 42 tahun mengenai kejadian pecah cermin kereta miliknya dan empat kenderaan jiran di tempat letak kereta terbuka di Taman Seri Keramat Tengah, Ulu Kelang, dekat sini, 22 Mei lalu.

Menurutnya, turut ditemukan nota ugutan supaya membayar wang yang dihutang.

"Hasil semakan polis mendapati, kejadian berpunca daripada seorang daripada penduduk di kawasan itu dipercayai membuat pinjaman wang dengan along.

"Disebabkan pinjaman tidak dibayar, along berkenaan membuat khianat dengan memecahkan cermin kenderaan penduduk di sekitar kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, hasil semakan anggaran kerugian lebih kurang RM 5,000.

Katanya, sebelum kejadian itu, polis turut menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 45 tahun memaklumkan kenderaannya disimbah cat hitam dan terdapat notis yang bertulis 'pinjam wang bayar wang'.

"Lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan membuat pinjaman sebanyak RM500 dengan along secara dalam talian pada Januari lalu.

"Kes disiasat mengikut seksyen Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951," katanya.

Beliau berkata, hasil penahanan suspek, satu komputer riba dan dua telefon bimbit serta pelbagai dokumen dirampas untuk siasatan.

"Semakan mendapati, suspek lelaki itu mempunyai empat rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah.

"Siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek lain yang masih bebas dan kes disiasat bawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dan ugutan jenayah," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-khianat-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 1.183005 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list