View: 314|Reply: 0
|
Satu mata pulih motivasi Hafizh
[Copy link]
|
|
HAFIZH ketika berlumba di Emilia-Romagna. FOTO Fan Club Hafizh Syahrin Pescao
Kuala Lumpur: Kejayaan mengutip mata pada pusingan kelima Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di pusingan Emilia-Romagna dekat Itali hujung minggu lalu sedikit sebanyak memulihkan kembali motivasi pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah.
Meskipun sekadar mengutip satu mata selepas menamatkan Perlumbaan 2 di kedudukan ke-15, pelumba Petronas MIE Racing Honda Team itu sekurang-kurangnya tidak pulang dengan tangan kosong selepas gagal mengutip mata pada kedua-dua perlumbaan ketika pusingan terdahulu di Catalunya, bulan lalu.
Hafizh bagaimanapun berasakan dia mampu meraih keputusan lebih baik lagi namun jentera Honda miliknya tidak mempunyai kepantasan yang diharapkan olehnya.
"Satu lagi mata di Perlumbaan 2 tetapi saya sedikit kecewa kerana berasakan dapat meraih keputusan lebih baik lagi. Kepantasan yang kami mahukan tidaklah terlalu teruk dalam perlumbaan Superpole, tetapi kami cuba mendapatkan sedikit kepantasan lagi untuk Perlumbaan 2.
"Ketika berusaha ke arah itu, reaksi jentera tidak seperti biasa dan saya melalui situasi yang lebih sukar. Saya cuba beraksi secara konsisten dan tidak membuat sebarang kesilapan kerana saya sememangnya mahu menamatkan perlumbaan ini."
Saya akan terus kekal positif menjelang persiapan pada pusingan seterusnya di Donington," katanya.
Terdahulu, Hafizh gagal menamatkan Perlumbaan 1 selepas berdepan masalah elektronik sekali gus memaksanya kembali ke garaj pasukan.
Selepas lima pusingan perlumbaan, bekas pelumba MotoGP negara itu kini menduduki tangga ke-19 dengan mengumpul tujuh mata ketika pelumba Aruba.it Racing - Ducati, Alvaro Bautista memimpin saingan dengan mengumpul 298 mata.
Pusingan seterusnya di Donington Park akan berlangsung dari 30 Jun sehingga 2 Julai.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lih-motivasi-hafizh |
|
|
|
|
|
|
| |
|