CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Selangor] Derita 20 minit, punggung tercucuk pagar besi

[Copy link]
Post time 6-6-2023 10:28 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba menyelamatkan kanak-kanak lelaki yang tercucuk pada besi pagar. FOTO Ihsan Bomba.

Sungai Besar: Kanak-kanak lelaki menanggung kesakitan selama 20 minit apabila punggungnya tercucuk pada besi pagar di Taman Seri, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 12 tahun dipercayai sering bermain di atas pagar itu sebelum ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.25 petang.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke tempat kejadian.

"Berdasarkan laporan awal, kanak-kanak lelaki itu dipercayai tercucuk besi pagar sedalam kira-kira 0.15 meter (enam inci).

"Kejadian disedari jiran kerana ibu mangsa tiada di rumah," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Wan Md Razali berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata, kanak-kanak malang itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tercucuk-pagar-besi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.737105 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list