View: 260|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Raba, cium remaja lelaki, tukang cuci warga asing ditahan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Lelaki warga asing ditahan polis, semalam selepas dipercayai mencabul seorang remaja lelaki di sebuah pusat beli-belah di Cheras, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat mangsa semalam.
"Kejadian berlaku ketika remaja lelaki berusia 15 tahun itu sedang mengikat kasut ketika berada di dalam tandas pusat beli belah berkenaan.
"Secara tiba-tiba suspek memeluknya dari arah belakang dan meraba badan selain memegang punggung dan mencium pipinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, mangsa keluar dari tandas dan suspek mengikut dari arah belakang menyebabkan mangsa berlari ke arah ibunya.
"Susulan laporan polis dibuat mangsa, polis menahan lelaki warga asing berusia 37 tahun yang juga tukang cuci di pusat beli belah berkenaan.
"Suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga Jumaat ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta 792 dan Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... warga-asing-ditahan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|