CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Akrab bagaikan bersaudara

[Copy link]
Post time 5-6-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Sikap toleransi dan hormat menghormati satu sama lain antara kunci hubungan keluarga R Darsenee dan jiran Melayu mereka akrab bagaikan bersaudara.

Hubungan kekeluargaan mereka terserlah apabila tidak kekok bergaul dan berkongsi makanan, malah bermuafakat ketika menganjurkan majlis, kenduri mahupun sambutan perayaan masing-masing.

Terbaharu, jiran tetangga guru Bahasa Melayu sebuah sekolah di Segamat, Johor itu turut sama sibuk membantu membuat persiapan dan memeriahkan majlis pertunangannya, 27 Mei lalu.

Menurut Darsenee, 26, keluarganya dan jiran tetangga terutama keluarga Zaini Zakaria,48, sudah mengenali antara satu sama lain sejak 17 tahun lalu.

"Saya sudah anggap jiran (Zaini) macam mak sebab dia menjaga dan melayan saya macam anaknya dan selalu belikan saya baju kurung.

"Saya dan anak-anaknya juga macam adik beradik, malah kami juga membela anak bongsunya (Siti Nur Aafiyah Zahirah, 5) yang tidak kekok memanggil mak (M Annakili) dan ayah saya (Raja), 'amma' dan 'appa' selain turut faham bahasa Tamil.

"Selain itu, kedua-dua keluarga kami turut menggunakan wifi sama dengan berkongsi bayaran bulanan, malah kami bebas keluar masuk antara dua rumah dan ambil apa saja yang diperlukan," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, kedua-dua keluarga juga saling hormat menghormati antara satu lain dan tidak kekok berkongsi makanan sama serta melakukan pelbagai rutin harian bersama.

"Mereka suka makan vadai, tosai, kari dal dan kari ayam yang mak saya masak, malah kami sekeluarga juga, suka makan masakan mereka seperti lemang, rendang dan ayam masak merah.

"Mak saya juga pandai masak masakan Melayu kerana dia belajar dengan jiran saya selepas selalu membantunya mengusahakan katering.

"Selain mereka, keluarga kami juga rapat dengan jiran lain kerana mereka selalu bercucuk tanam dan keluar berjalan dengan mak saya," katanya.

Sementara itu, mengenai majlis pertunangannya yang berlangsung di rumahnya, di Linggi Port Dickson, Negeri Sembilan, anak tunggal itu berkata, memang setiap kali perayaan mahupun majlis keluarga, jiran tetangga hadir memeriahkan suasana dan membuat persiapan bersama.

"Macam pertunangan saya, kami pun tak sangka boleh tular kerana aktiviti rewang macam itu memang sudah biasa kami buat sama-sama sejak dulu lagi.

"Majlis ini juga kami putuskan bersama hendak buat macam mana termasuk pemilihan pelamin, saya bersiap dari rumah jiran dan sebagainya.

"Saya bersyukur dikelilingi jiran tetangga baik, malah saya berterima kasih majlis saya berjalan lancar berkat muafakat mereka yang bertungkus lumus menyiapkan makanan, tempat, pelamin serta mengemas selepas majlis selesai," katanya.

Terdahulu, majlis pertunangan Darsenee yang diuruskan jiran tetangga secara rewang tular selepas jurusolek guru terbabit memuat naik sebuah video menerusi akaun TikTok, shadesbyyogesh.

Dalam satu petikan video itu, Darsenee yang anggun memakai sari berwarna turquoise

mencuri tumpuan apabila bersembang dengan seorang pemuda mengenai bakal suaminya ketika mereka mencuri pandang ke arah rombongan lelaki dari sebalik langsir rumah jirannya.

Sehingga kini perkongsian terbabit yang meraih lebih 535,000 tontonan menerima reaksi positif netizen yang memuji dan kagum dengan hubungan akrab mereka biarpun berlainan agama dan bangsa.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... bagaikan-bersaudara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.622623 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list