CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

[Selangor] Wanita tular kasari bayi sudah didakwa - Polis

[Copy link]
Post time 3-6-2023 11:34 AM | Show all posts |Read mode

VIDEO tular mendakwa seorang wanita mengasari bayi di pusat asuhan di Selangor adalah video lama.

Gombak: Video yang tular di media sosial hari ini mengenai bayi dikasari wanita di premis jagaan kanak-kanak, disahkan berlaku di pusat jagaan di Taman Samudera, Batu Caves dengan pengasuh itu sudah didakwa di mahkamah, Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, video berdurasi seminit 32 saat itu dikesan pihaknya pada 3 petang hari ini dan siasatan mendapati kejadian berlaku pada 21 Mei lalu.

"Satu laporan polis dibuat oleh ibu bayi terbabit pada 21 Mei lalu selepas mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada peha dan pipi anaknya.

"Pihak polis sudah menahan wanita berusia 23 tahun yang juga pengasuh di pusat jagaan itu dan pada 30 Mei lalu, dia dituduh di mahkamah Selayang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Arifin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak–Kanak 2001; Seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak–Kanak 1984 dan Undang-Undang 3 dan Undang-Undang Kecil Tred Perlesenan, Perniagaan dan Industri (Majlis Perbandaran Selayang) 2007 kerana menjalankan operasi pusat jagaan tanpa lesen sah.

"Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak–Kanak 2001, suspek mengaku salah dan dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan bon kelakuan baik selama tiga tahun serta dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat," katanya.

Menurutnya, bagi pertuduhan mengikut Undang Undang Kecil Tred Pelesenan, Perniagaan dan Industri (Majlis Perbandaran Selayang) 2007 pula suspek dihukum denda RM1,000.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak–Kanak 1984 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Ogos.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sudah-didakwa-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:04 PM GMT+8 , Processed in 1.036453 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list