CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Op Lejang Khas rampas RM19.8 juta kenderaan curi

[Copy link]
Post time 3-6-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA kenderaan curi yang dirampas sepanjang Operasi Lejang Khas. FOTO Ihsan PDRM.

Kuala Lumpur: Sindiket curi kenderaan tumpas susulan Operasi Lejang Khas yang digerakkan polis dan merampas 847 kenderaan pelbagai jenis bernilai RM19.8 juta.

Operasi dilaksana Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menumpaskan sindiket dalam tempoh Januari hingga April lalu.

Dalam kenyataan JSJ Bukit Aman berkata, statistik menunjukkan 6,709 kertas siasatan telah dibuka jabatan itu berkaitan kecurian kenderaan.

Menurutnya, dalam tempoh itu, Bahagian D4 melaksana 1,049 serbuan yang menangkap seramai 1,225 orang dan rampasan wang tunai sebanyak RM502,865.00.

"Dianggarkan jumlah nilai rampasan kenderaan adalah sebanyak RM19.8 juta bagi 847 kenderaan.

"Secara keseluruhan operasi yang dijalankan ini berjaya menyelesaikan 1,658 kes dan daripada jumlah itu 639 kes atau 9.5 peratus kertas siasatan berjaya dituduh," kata kenyataan itu.

Jabatan Siasatan Jenayah melalui Bahagian D4 menyeru masyarakat untuk mengambil langkah pencegahan dengan menambah ciri keselamatan pada sistem kenderaan.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan, sindiket ini tidak mencuri kenderaan yang dilengkapi sistem tambahan.

"Selain itu, masyarakat juga digalakkan untuk tidak menangguh laporan polis sekiranya kenderaan anda dicuri.

"Turut diingatkan, elak meletakkan kenderaan anda di kawasan yang tiada sistem kamera litar tertutup dan juga lakukan ujian keberkesanan pada sistem penggera kenderaan anda," kata kenyataan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... juta-kenderaan-curi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.053789 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list