CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Selangor] Remaja tipu diculik, tuntut keluarga bayar wang tebusan RM100,000

[Copy link]
Post time 3-6-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Ampang Jaya: Reka cerita dirinya diculik dengan menaip sendiri mesej meminta wang tebusan RM100,000 daripada keluarganya.

Itu helah dilakukan remaja perempuan yang enggan dikongkong dan mahu hidup bebas sehingga sanggup menipu ahli keluarga, kononnya dia menjadi mangsa culik.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, remaja berusia 19 tahun itu pada mulanya keluar bersama keluarganya di pusat beli-belah di Ampang sebelum memberitahu mahu ke tandas.

Menurut sumber, bagaimanapun selepas dua jam menunggu, remaja itu tidak kelihatan menyebabkan bapanya mencari di seluruh pusat beli-belah itu namun tidak menemuinya.

"Tidak lama kemudian mereka menerima mesej WhatsApp daripada telefon bimbit anaknya meminta supaya menyerahkan wang tunai RM100,000 jika mahu anaknya selamat.

"Ibu bapanya yang bimbang dengan keselamatan remaja itu kemudian tampil membuat laporan polis," kata sumber.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati ia bukanlah kejadian culik sebaliknya mangsa menghilang diri ketika ke tandas, sebelum tinggal di rumah kawan lelakinya di Shah Alam.

Polis kemudian menahan remaja perempuan itu pada 10 malam 1 Jun untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu dan suspek direman dua hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan 182 Kanun Keseksaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-tebusan-rm100000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.759325 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list