CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Selangor] Bergaduh kerana bunyi bingit motosikal

[Copy link]
Post time 1-6-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Ampang Jaya: Tidak puas hati dengan bunyi bising motosikal menjadi punca tercetusnya pergaduhan antara dua kumpulan dalam kejadian di kawasan Bukit Ampang, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu yang membabitkan 13 lelaki tempatan kira-kira jam 10 malam, 29 Mei lalu.

"Hasil siasatan dilakukan mendapati punca rusuhan adalah tidak puas hati dengan satu kumpulan yang membuat bunyi bising.

"Satu kumpulan suspek lain menegur bunyi itu menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara dua kumpulan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Farouk berkata, kejadian itu mengakibatkan tiga suspek mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Ampang.

"Susulan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan 13 lelaki tempatan berusia antara 15 hingga 26 tahun di perkarangan IPD Ampang Jaya antara 12.05 tengah hari hingga 5.17 petang, Selasa lalu.

"Salah seorang suspek yang ditahan adalah seorang pelajar sekolah menengah di Ampang, manakala suspek lain bekerja sebagai penghantar makanan, pembantu jualan dan penganggur," katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati semua suspek negatif dadah dengan tiga daripada mereka yang berusia 20, 21 dan 26 tahun mempunyai rekod jenayah dan dadah.

"Semua suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 3 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah termasuk merusuh dan bergaduh," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yi-bingit-motosikal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048223 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list