CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

[Selangor] Wanita pijak, tarik rambut budak perempuan sambil hisap rokok

[Copy link]
Post time 1-6-2023 03:12 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular tersebut

PETALING JAYA – Tular sejak semalam rakaman memaparkan tindakan seorang wanita memijak badan seorang kanak-kanak perempuan sambil menarik rambut si kecil tersebut.

Lebih kejam, tangisan kanak-kanak tersebut langsung tidak dihiraukan dan wanita itu dengan ‘selamba’ menghisap rokok ketika duduk di atas badan budak berkenaan.

Rakaman video yang dikongsikan pengguna Facebook, Khairizal Dizaudin semalam ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan sehingga kini telah menerima 43 perkongsian semula kurang dari 24 jam.

“Mohon diviralkan agar wanita biadab berhati binatang ini dimanapun dia berada dan cepat-cepat kena tangkap,” kata Khairizal pada kapsyen videonya.

Bagaimanapun, lokasi kejadian dan status kanak-kanak tersebut dengan wanita terbabit masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, orang ramai mula menyeru pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap video tular itu dan mengambil tindakan sewajarnya demi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

“Polis, JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) jalankan kerja anda segera, siasat video ini di mana berlaku dan bila, kalau belum ada tindakan, tangkap wanita itu dan beri hukuman sewajarnya,” tegas Amani.

“Ya Allah, tak sanggup nak tengok video ini, dengar suara budak itu menangis kesakitan pun dah luruh jantung aku sebagai mak ini,” kata Sarah. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... sambil-hisap-rokok/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.041000 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list