View: 247|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Dera, heret anjing dengan kenderaan hingga mati, pemilik direman
[Copy link]
|
|
Port Dickson: Polis menahan reman seorang lelaki berusia 61 tahun yang dipercayai mendera hingga mati seekor anjing peliharaannya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima aduan pada 27 Mei lalu daripada seorang lelaki berusia 44 tahun.
"Kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.30 petang, 27 Mei lalu.
"Pengadu mendakwa melihat seekor anjing dalam keadaan cedera dan berdarah selepas dikatakan didera suspek pada kejadian di hadapan sebuah rumah di Kampung Sri Parit, Lukut," katanya pada kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pengadu turut melihat anjing itu diikat serta diheret dengan kenderaan.
"Anjing terbabit kemudiannya mati," katanya.
Menurut Aidi Sham, pihaknya kemudiannya menahan suspek dan hasil siasatan, suspek adalah pemilik anjing itu.
"Suspek ditahan semalam, jam 10.05 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.
"Suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ati-pemilik-direman |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|