View: 252|Reply: 0
|
Muzakkir idam podium di Jasin
[Copy link]
|
|
MD MUZAKKIR Mohamed. FOTO OneXOX TKKR
Kuala Lumpur: Barisan pelumba pasukan OneXOX TKKR Racing berharap dapat menamatkan kemarau podium pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Jasin bermula esok.
Cabaran kelas utama CP150 akan dipimpin pelumba veteran, Md Muzakkir Mohamed yang bertekad mahu berjuang habis-habisan di Litar Jasin.
"Kali ini rasanya sangat berbeza dengan pusingan sebelum ini, bukan kerana ia trek baru tetapi ia menggunakan 'layout' yang baru. Jadi ia berbeza dengan Litar Jasin yang kita pernah harungi pada tahun 2019 dahulu.
"Tanggapan pertama ialah kami sangat teruja. Bukan saya seorang tetapi boleh dikatakan semua orang teruja kerana ia nampak luas dan lebar. Kita memang tidak akan jumpa trek sementara yang berpagar tetapi luas seperti di Jasin ini," kata pelumba berusia 31 tahun itu.
Muzakkir kini menduduki tempat keempat dalam pungutan mata keseluruhan dengan 21 mata, 14 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor.
"Sasaran kami untuk musim ini masih belum tercapai dan kita masih gagal untuk menduduki podium baik dalam kelas CP150 mahupun CP125. Ini satu perkara yang menambahkan tekanan kepada kami.
"Saya tahu semua dalam pasukan sudah melakukan sedaya upaya, jadi untuk pusingan ini kami akan membuat apa yang terdaya untuk mencapai sasaran, selebihnya kita serahkan kepada takdir.
"Kemenangan saya pada pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia di Sepang tempohari juga sangat memberikan semangat dan momentum untuk mengejar kemenangan kali ini," kata Muzakkir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dam-podium-di-jasin |
|
|
|
|
|
|
| |
|