CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

[Selangor] Penduduk Impian Golf & Country Resort di Saujana Impian 24 jam hidu bau asap sampah terbakar

[Copy link]
Post time 25-5-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK berdepan pencemaran bau daripada asap pembakaran di tapak pelupusan sampah haram yang terletak di atas bukit berdekatan Saujana Impian Golf & Country Resort, Kajang. FOTO ihsan Chris Phang

Kajang: Kawasan menghijau yang mengelilingi rumah mewah di Impian Golf & Country Resort di Saujana Impian di sini, pastinya menenangkan penghuninya.

Namun, rasa nyaman itu digugat oleh bau asap yang busuk serta memualkan.

Bau asap itu dipercayai datang daripada tempat pelupusan sampah haram yang terletak di atas bukit tidak jauh dari kawasan perumahan berkenaan.

Naib Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Golf & Country Resort Chris Phang berkata, kegiatan pembuangan sampah di kawasan itu berlaku sejak dua tahun lalu.

Chris, 53, yang sudah menetap di kawasan berkenaan sejak 13 tahun lalu berkata, tapak pelupusan itu pernah terbakar dan bomba dan bomba sudah menjalankan operasi memadamkan kebakaran.

"Namun sehingga kini, di kawasan pembuangan itu, kelihatan beberapa timbunan sampah sedang membara dan mengeluarkan asap yang menghasilkan bau seperti plastik terbakar.

"Kami (penduduk) terpaksa hidu bau asap itu hampir setiap hari tidak kira waktu pagi atau malam. Apabila hujan atau keadaan berangin, bau asap jadi lebih kuat. Situasi ini memang tidak menyenangkan kami.

"Malah, saya sendiri sudah lama tidak melakukan aktiviti riadah di luar rumah kerana tidak tahan dengan bau asap terbabit," katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, beliau berkata, beberapa penduduk turut mengalami masalah kesihatan seperti sukar bernafas, asma dan batuk dipercayai kesan daripada pencemaran udara.

Katanya, aduan demi aduan sudah dibuat kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan kerajaan negeri, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan lanjut diambil.

"Ada pegawai yang datang buat pemeriksaan sebelum ini tetapi berdasarkan maklumat diterima, kawasan kebakaran sudah padam sepenuhnya namun masih berasap disebabkan gas yang terhasil di bawah tanah.

"Jadi, ia terus mengeluarkan asap yang berterusan. Kami pun tidak pasti sampai bila perlu hadapi keadaan ini," katanya.

Menurut Chris, masalah itu bukan hanya dihadapi kawasan perumahannya yang dihuni lebih 160 penduduk malah turut dihadapi penduduk yang tinggal di kawasan sekitar lain di Sungai Long, Kajang.

Tambahnya, jika dibiarkan berlarutan, dibimbangi keadaan menjadi lebih buruk seterusnya merisikokan kesihatan serta keselamatan ramai penduduk.

"Kami harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera termasuk membersihkan kawasan itu dan tidak membiarkan masalah ini berpanjangan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 4-jam-hidu-bau-asap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.079703 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list