View: 202|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Rantai pembantu rumah: Pasangan suami isteri ditahan polis
[Copy link]
|
|

WANITA warga Indonesia yang diselamatkan selepas dipercayai dirantai majikan di bilik air sebuah rumah di Taman Tenaga, Kajang, Ahad lalu.
Kuala Lumpur: Suami isteri yang disyaki merantai pembantu rumah warga Indonesia di sebuah rumah di Taman Tenaga, Kajang, Selangor, ditahan polis semalam.
Pasangan berusia 40 dan 50-an terbabit diberkas sepasukan pegawai dan anggota yang melakukan serbuan di rumah mereka di Taman Tenaga.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan dibuat pada petang semalam.
"Kedua-dua mereka ditahan reman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok.
"Pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa berusia 37 tahun sudah dilakukan dan mangsa tidak alami trauma. Dia dibenarkan pulang ke rumahnya sendiri," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan salah.
Harian Metro semalam melaporkan, pembantu rumah warga Indonesia dikatakan dirantai majikannya sebelum diselamatkan orang ramai di Taman Tenaga di sini, pada Ahad lalu.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku pada 9 malam ketika dia ke kedai runcit di kawasan perumahan berkenaan dan terdengar bunyi jeritan.
Dia dan pekerja kedai runcit ke arah bunyi jeritan di tingkat dua sebuah flat namun pintu rumah berkunci lalu menghubungi polis meminta bantuan.
Hussein dilaporkan berkata, polis berjaya menyelamatkan wanita terbabit yang dipercayai dirantai oleh sepasang suami isteri tempatan di rumah terbabit.
Beliau dilaporkan berkata, mangsa dirantai di dalam bilik air oleh pasangan berkenaan kerana disyaki mencuri barang kemas.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... steri-ditahan-polis |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|