CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

[Selangor] Curi pasir laut tengah malam

[Copy link]
Post time 25-5-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Kapal korek yang ditahan APMM Selangor



KLANG – Kegiatan tiga buah kapal korek dipercayai mencuri pasir perairan Langat pada tengah malam gagal apabila ditahan pihak berkuasa semalam.

Penahanan ketiga-tiga kapal yang dikendalikan lima warga China termasuk nakhoda berusia 30 hingga 61 tahun dilakukan pukul 12.15 tengah malam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, pihaknya yang sedang membuat rondaan menerusi Operasi Ehsan dan Tiris mengesan bot itu dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan lebih kurang 5.6 batu nautika barat daya Pulau Carey, Kuala Langat.

Katanya, ketiga-tiga kapal didapati merapat dan disyaki sedang melakukan aktiviti pengerukan pasir dan memindahkan pasir laut .

“Bot ronda Maritim cuba menghampiri kapal tersebut namun sebuah kapal telah cuba melarikan diri dan sebelum berjaya ditahan kami.

“Hasil pemeriksaan lanjut menunjukkan kesemua suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati mereka belum mendapat kebenaran menjalankan aktiviti mengorek pasir.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen. Nakhoda serta kru ketiga-tiga kapal korek berkenaan juga tiada dokumen pengenalan diri .

“Ketiga-tiga kapal telah dibawa ke lokasi bersauh dan dikeluarkan perintah tahanan dengan kes disiasat di bawah Akta Pelantar Benua 1966 , Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Kastam 1967,” katanya. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/05/24/curi-pasir-laut-tengah-malam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.043477 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list