CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 529|Reply: 2

[Melaka] Geng pecah rumah waktu siang tumpas

[Copy link]
Post time 23-5-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode

LIMA suspek yang ditahan dalam tujuh serbuan dilakukan polis di Melaka, Johor dan Selangor.



MELAKA: Kegiatan pecah rumah dan mencuri kereta pada waktu siang sekitar Melaka; Johor Bahru, Johor serta Klang, Selangor tumpas selepas tertangkapnya lima lelaki dalam tujuh serbuan dilakukan polis di ketiga-tiga negeri.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, empat daripada lima suspek yang diberkas mengaku terlibat dengan beberapa kes pecah rumah dan curi kereta sekitar daerah Melaka Tengah, Jasin, Johor Bahru Selatan dan Klang Selatan.

Beliau berkata, suspek berusia 39 tahun yang mempunyai status dikehendaki polis (wanted) berkaitan Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta tiga lagi rekod jenayah lampau dipercayai telah bertindak sebagai perancang atau ‘mastermind’.

Jelasnya, modus operandi geng berkenaan adalah melakukan pecah rumah yang ditinggalkan pada waktu siang dengan cara memecah mangga, memotong pintu besi dan mengumpil pintu hadapan rumah mangsa, seterusnya melarikan diri menggunakan kereta jenis Toyota Hilux, Kia Sorento dan Honda City.

“Suspek yang menjadi mastermind ditahan di sebuah pangsapuri di Bandar Botanik, Klang. Barang-barang berharga yang dicuri hasil pecah rumah adalah minuman keras berjenama, komputer riba, wang tunai, mata wang asing, barang kemas dan telefon bimbit.

“Ujian saringan awal air kencing juga telah dijalankan terhadap kesemua suspek dan hasil saringan didapati kesemuanya positif dadah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Zainol, tangkap dilakukan susulan laporan pecah rumah di Taman Seri Songket, Batu Berendam di sini oleh seorang wanita pada 17 Mei lalu.

“Pada pukul 10.30 pagi pengadu telah tinggalkan rumah dalam keadaan selamat berkunci. Pada pukul 2.32 petang, pengadu terima panggilan telefon daripada suaminya memaklumkan, rumah kena pecah dan minta pengadu pulang segera.

“Apabila pengadu sampai di rumah, pengadu dapati pintu besi dipotong dan pintu kayu diumpil dengan benda keras. Pengadu turut dapati dua bilik di tingkat atas berselerak. Pengadu telah buat pemeriksaan dan dapati beberapa barang berharga hilang dengan jumlah kerugian RM15,000,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... waktu-siang-tumpas/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 05:58 PM | Show all posts
Terima kasih kerana berkongsi.

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 03:09 PM | Show all posts


VC63TAFF.com stands out as a comprehensive platform that meets a wide range of technological needs. With its diverse software solutions, expert consultancy services, cutting-edge tools, and commitment to customization
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.123582 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list