View: 208|Reply: 0
|
MotoGP: Vinales akui gagal menahan marah
[Copy link]
|
|
VINALES mengakui hilang sabar ekoran insiden berkenaan selepas dia berpotensi untuk memenangi perlumbaan tersebut. – AFP
LE MANS, Perancis – Pelumba Aprilia, Maverick Vinales mengakui ‘beremosi’ selepas bertegang urat sejurus terlibat dalam insiden pelanggaran dengan juara dunia musim lalu, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia pada Grand Prix (GP) Perancis lewat malam kelmarin.
Pada saingan tersebut, Vinales berjaya memintas Bagnaia di pusingan kelima untuk berada di kedudukan ketiga sebelum kedua-dua pelumba tersebut terlibat dalam pelanggaran dan terjatuh.
Selepas terjatuh, Vinales dilihat gagal menahan kemarahannya lalu menampar topi keledar Bagnaia serta-merta dan berlaku insiden tolak menolak.
Vinales mengakui dia berada pada posisi yang betul dan mendakwa Bagnaia seharusnya membuka ruang kepadanya.
“Saya melepasi Pecco dengan bersih tanpa sebarang pelanggaran. Pada pandangan saya, dia seharusnya membuka sedikit ruang ketika mengubah arah. Memalukan kami berdua gagal meraih sebarang mata perlumbaan selepas terjatuh.
“Insiden seperti ini sentiasa rumit. Anda mempunyai banyak pandangan, tetapi saya rasa steward perlumbaan perlu membuat keputusan.
“Ketika itu saya sangat marah kerana saya mempunyai potensi untuk memenangi perlumbaan. Jadi, saya sangat kecewa dan sangat marah kepadanya,” kata Vinales.
Panel steward FIM MotoGP (Kejuaraan Motosikal Dunia) telah berjumpa dengan kedua-dua pelumba mengenai insiden tersebut, tetapi keputusan mengenai hukuman belum dikeluarkan.
“Tetapi selepas itu kami meneruskan, kami berjabat tangan. Kami tahu bahawa ini adalah perlumbaan dan anda perlu menghormati antara pelumba,” ujar Vinales. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... agal-menahan-marah/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|