View: 253|Reply: 0
|
SuperKIP, Helmi raih penamat 1-2
[Copy link]
|
|
Khairul Idham (tengah) memenangi Perlumbaan 2 Pusingan 2 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. Foto: Ihsan ARRC
KUALA LUMPUR: Pelumba Honda Racing Thailand, Nakarin Atiratphuvapat menjadi penghalang buat pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing Team untuk mendominasi pentas podium buat kali kedua di Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023, hari ini.
Dalam Perlumbaan 2 kelas SuperSports 600cc itu yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu, Atiratphuvapat bangkit daripada kekecewaan pada Perlumbaan 1 semalam yang menyaksikan dirinya menamatkan perlumbaan di tempat keempat sekali gus membenarkan barisan pelumba Boon Siew Honda Racing Team - Azroy Hakeem Anuar, Khairul Idham Pawi dan Muhammad Helmi Azman - menguasai pentas podium.
Atiratphuvapat berjaya memecah penguasaan trio itu namun pelumba berpengalaman Boon Siew Honda Racing Team, Khairul Idham dan Helmi tetap menemui penamat 1-2 untuk Perlumbaan 2 yang berlangsung hari ini.
Khairul Idham yang bermula dari petak utama menemui garisan penamat di tempat pertama dengan catatan 21 minit 47.715 saat (s) manakala Helmi mengekori rapat 0.222s di belakangnya. Atiratphuvapat pula menduduki tempat ketiga dengan catatan 21:56.356s.
Azroy dalam pada itu dilihat mengalami masalah di bahagian tayar dan terpaksa akur tidak menamatkan perlumbaan.
"Satu perlumbaan yang menarik hari ini. Dari awal perlumbaan, saya mempunyai kelajuan yang bagus jadi terus berusaha di sepanjang saingan. Semalam, ayah saya menghantar mesej memberitahu untuk berada di belakang bagi mengurangkan risiko di bahagian tayar tetapi saya mempunyai idea lebih baik iaitu kekal di kelompok depan dan mencari rentak yang tepat.
"Sudah tentu, saya perlu mengawal bahagian depan dan belakang (tayar) untuk mengurangkan risiko. Azroy berjaya memintas tetapi saya yakin dengan kelajuan saya dan berjaya mengambil semula kedudukan di selekoh pertama.
"Secara keseluruhannya, ia satu perlumbaan yang menarik hari ini," kata bekas pelumba negara di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto3 dan Moto2 yang dikenali dengan julukan SuperKIP itu.
Khairul terus mengekalkan status pendahulu keseluruhan dalam kelas pertengahan Asia itu dengan 90 mata manakala Atiratphuvapat di kedudukan kedua, 74 mata.
Helmi pula berada di kedudukan ketiga dengan 59 mata sebelum kempen saingan 2023 bakal beralih ke Litar Antarabangsa Sugo, Jepun untuk Pusingan 3 dari 23 hingga 25 Jun ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... mi-raih-penamat-1-2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|