CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 246|Reply: 0

Hafizh ‘terpelanting’ akibat kemalangan di Catalunya

[Copy link]
Post time 11-5-2023 05:37 PM | Show all posts |Read mode

HAFIZH terpaksa kembali ke Malaysia untuk menjalani proses pemulihan kecederaan dan terlepas ujian jentera di Misano pada hujung minggu ini.


PELUMBA berpengalaman negara, Hafizh Syahrin Abdullah terpaksa pulang ke Malaysia bagi menjalani sesi pemulihan selepas terlibat dalam kemalangan ngeri sewaktu Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol.

Hafizh yang beraksi bersama Petronas MIE Racing Honda gagal menamatkan saingan Ahad lalu selepas terlibat kemalangan dengan pelumba Kawasaki Puccetti Racing, Tom Sykes di selekoh empat.

Hafizh mengakui dia terpelan­ting akibat rempuhan keras tersebut dari arah belakang selepas Sykes mendakwa dia tidak dapat memberhentikan jenteranya.

“Pada perlumbaan itu, berlaku perlanggaran pada belakang badan saya sebab Skyes gagal hentikan jenteranya. Disebabkan itu, saya terpelanting di selekoh 4 dan jentera juga hempap saya.

“Saya terbaring lama di situ dan apa pun dia (Sykes) telah datang memohon maaf kepada saya dan juga pasukan di atas apa yang berlaku di Catalunya.

“Saya akan kembali ke Malaysia untuk menjalani proses pemulihan kecederaan dan alhamdulillah tiada kecederaan serius selepas imbasan CT scan,” kata Hafizh.

Hafizh turut mengakui dia akan terlepas ujian di Misano bersama jenteranya pada 11 dan 12 Mei nanti bagi menjalani sesi pemulihan di Malaysia.

“Jadi, saya tidak akan berangkat ke Misano minggu ini dan aktif macam biasa untuk jalani latihan seperti biasa. Apa pun, terima kasih kepada semua yang sentiasa beri sokongan kepada saya,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... angan-di-catalunya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.039947 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list